Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Sunday, 24 March 2013

Siapakah dia lelaki soleh?



lelaki soleh
Assalamualaikum.. hari tuu imah ada melatakkan kriteria wanita solehah.. jadi, tak adillah sekiranya imah tak cerita tentang lelaki pulak. okay.. hari ni imah nak post tentang siapakah lelaki soleh??? Hal ini penting, untuk seseorang bagi mencari calon suami agar dapat membimbing seserang perempuan itu ke jalan yang diredhai Allah. Lelaki soleh juga merupakan kunci bagi kebahagiaan rumahtangga anda kelak. Hanya lelaki soleh yang mampu memberikan anda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Siapakah dia lelaki soleh?

Di sini imah sertakan 16 ciri-ciri lelaki soleh.. Jadi, marilah kita membacanya sekiranya hendak mengetahui ciri-cirinya...

  1. Seseorang yang taat pada perintah Allah dan rasulnya.
  2. Jihad fisabilillah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid merupakan cita-citanya yang tinggi.
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian ataupun musibah.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut pada Allah dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun terhadap dosa-dosanya.
  9. Solat malam menjadi kebiasaan.
  10. Tawakal penuh kepada Allah.
  11. Zuhud dengan dunia tapi tidak meninggalkannya.
  12. Selalu berinfak.
  13. Sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.
  14. Sangat kuat dengan amar makruf nahi mungkarnya.
  15. Sengat kuat dalam memegang amanah, janji dan rahsia.
  16. Seorang yang pemaaf dan berlapang dada.
lelaki yang soleh

Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh yang dapat imah katakan. Sekarang, cuba check samada pasangan kita mempunyai ciri-ciri itu ataupun tidak. Kepada kaum Adam bolehlah periksa diri.. samada cukup soleh ataupun tidak...

Kriteria Wanita Solehah


alt

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...