Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Friday 31 August 2012

Pantang Larang Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang



Assalamualaikum.. Sempena periksa yang sedang menghampiri imah nie imah nak tulis pasal pelajar cemerlang pula. Imah harap ia dapat memberi banyak manfaat kepada semua orang okay.... InsyaAllah

Semua orang ingin menjadi pelajar cemerlang. Untuk menuju kecemerlangan, pelajar perlu mengamalkan beberapa pantang larang. Pantang larang ini bukanlah untuk menyekat kebebasan pelajar tetapi bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan juga ingatan, juga sebagai satu usaha untuk meningkatkan kecerdasan akal fikiran. Berikut antara beberapa pantang yang perlu pelajar ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Insya-Allah.

1.    Makan Terlalu Kenyang.

Makan terlalu kenyang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pelajar. Terlampau kenyang akan menggangu tumpuan pelajar untuk mentelaah pelajaran serta mengurangkan mutu pembelajaran. Makan terlalu kenyang boleh menyebabkan pelajar menjadi mengantuk yang mengakibatkan kelembapan akal fikiran serta menegah pelajar dari memberi tumpuan sepenuhnya terhadapa pelajaran.

Makan terlalu kenyang juga menyebabkan hati jadi keras, juga satu sikap yang keji yang boleh membunuh akal fikiran. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Jangan kamu matikan hati (akal fikiran) dengan banyak makan dan minum, maka sesungguhnya hati seperti tanaman, sesungguhnya mati tanaman apabila berlebihan air ke atasnya."

2.    Tidur Berlebihan

Tidur yang berlebihan akan mempusakai keras hati, malas belajar dan lemah ingatan. Sebagai seorang pelajar jauhi dari sikap ini agar pelajar mudah menerima pelajaran dan sentiasa tingkatkan daya ingatan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Tiga perkara mempusakai keras hati, suka tidur, suka melepak dan suka makan".

3.   Makan makanan yang masam.

Asaam yang berlebihan seperti pauh masam, epal masam, cuka dan sebagainya boleh menyebabkan akal menjadi tumpul. Memakan banyak asam boleh menyebabkan banyak lendir terkumpul di bahagian tengkuk yang dikenali sebagai balgham yang boleh menyebabkan lambatnya proses mengingatkan pelajaran.

4.    Membaca Nama di batu nesan.

Membaca nama di batu nesan di kubur boleh menyebabkan hati keras dan lembabnya fikiran.

5.   Bau busuk.

Jauhi dari terlalu kerap menghidu bau busuk kerana selain dari makruh, ia juga boleh menyebabkan akal menjadi lemah dan ingatan menjadi kurang menyebabkan akal jadi mati dari terus cergas untuk menaakul.

6.    Menatapi pada najis serta aurat, terutamanya kemaluan.

Melihat dengan pandangan yang memerhati kepada kekotoran, najis serta kemaluan adalah antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu pelupa atau lemah ingatan.

7.    Tidur selepas subuh dan asar.

Pelajar perlu membuang tabiat suka tidur selepas subuh dan asar kerana kesanya badan jadi lemah dan akal juga jadi lemah. Badan lemah juga memudahkan dihinggapi penyakit.

8.    Belajar secara memenatkan.

Pelajar hendaklah menghindari dari belajar secara memaksa atau memenatkan fikiran seperti belajar terburu-buru di saat-saat akhir untuk mengejar pelajaran yang tertinggal. Ini akan hanya menjadikan fikiran pelajar lebih berkecamuk menyebabkan pelajar susah untuk mengingatkan fakta.

Urusan belajar adalah satu urusan yang besar yang tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Gopoh gapah daripada syaitan,an beransur-ansur daripada Allah Taala."

9.    Malu bertanya.

Malu bertanya sesat jalan. Hindarkan dari sikap malu bertanya terutamanya bertanya mengenai pelajaran yang tidak difahami.

Cikgu doakan semoga pelajar-pelajar semua diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan dalam urusan pembelajaran serta menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Thursday 19 July 2012

Kawan Baik

Assalamualaikum..
Hari ni Imah tak mau laa nak tulis panjang-panjang sebab Imah tengah sedih lagi dengan seorang kawan Imah ni. Namanya tak yah laa tulis kat sini.  Imah tak faham betul dengan dia. tetiba sahaja dia remove friends dari Facebook. Tak tau laa kalau Imah ada buat salah dekat dia. Kalau ada tolong maafkanlah sebab kitakan manusia pasti akan melakukan kesilapan. Tak pa lah Imah nak kembali pada tajuk asal kita iaitu Kawan Baik. Apa ciri-ciri Kawan Baik. Bacalah maklumat di bawah ini.




BFF - BEST FRIEND FOREVER



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

p/s: Jadi hargailah setiap orang yang bergelar kawan, friend, member dan sebagainya.

Friday 1 June 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.


Assalamualaikum,
Apa khabar? Sihat? Imah harap semuanya sihat ya.  Okay hari ni Imah ingat nak tulis pasal makanan laa. Ermm sedapnya. Lapar pula Imah bila cakap pasal makanan ni. Okay lah Imah nak masuk tajuk asal lah. Nanti melencong pula kat tempat lain. Okay Imah nak tulis pasal makanan kegemaran. Mesti semua orang mempunyai makanan kegemaran kan..kan.. Imah suka makan kueytiaw.. Ermm sedapnya. Hari ni Imah nak tulis makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Ermm nak tahu apa dia... baca laa teks kat bawah nie...
MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.

1.BARLI:Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2.KURMA:Nabi berkata rumah yg tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yg tiada makanan.
3.BUAH TIN:Buah dari syurga.Boleh mengubati buasir.

4.ANGGUR:Nabi suka buah anggur.Ia membersihkan darah,menguatkan buah pinggang,dan membersihkan perut.

5.MADU:Ia adalah makanan segala makanan,minuman segala minuman,ubat segala ubat.Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera,menguatkan perut,membuang kahak.Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6.TEMBIKAI(segala jenis):Nabi berkata wanita mengandung tak akan gagal melahirkan anak yg baik dari segi watak dan wajahnya.

7.SUSU:Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.Menguatkan belakang,memperbaiki otak,memperbaharui mata,membuang kelupaan.

8.CENDAWAN:Baik untuk mata,perancang keluarga.

9.MINYAK ZAITUN:Rawat kulit dan rambut.Melambatkan penuaan,merawat radang perut.

10.DELIMA:Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11.CUKA:Nabi selalu minum dengan minyak zaitun.

12:AIR:Minuman terbaik.Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk.Mudah mendapat sakit pada hati.


Okay dah tahu... bagus laa. Imah ambil teks ni kat Facebook. Okay ni sahaja yang Imah nak tulis. Assalamualaikum.

Monday 28 May 2012

Rokok !!!!

Assalamualaikum,

Hari saja-saja Imah nak tulis. Sebenarnya sekarang ni Imah tengah bosan. Tu yang tak tau nak buat apa. Facebook dah, Tagged dah, Twitter dah, sekarang tinggal blog pula. Okay laa tumpang Imah rajin menaip ni... Imah nak cerita sebuah cerita.... Ceritanya berbunyi begini..... jeng..jeng..jeng...


Isteri •» Abang tau x, rokok ni blh wat abang cpt mati?

Suami •» mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…

Isteri •» hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?

Suami •» sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

Isteri •» satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???

... Suami •» pandai math lah awak ni… dri tingkatan 2. awatnya?

Isteri •» Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.

Suami •» so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!

Isteri •» memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!

Suami •» Awak isap rokok x yang?

Isteri •» Tak bang…kenape tanye mcm 2?

Suami •» kalau awak x isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?
Ini sahajalah Imah nak cerita.. Sumbernya dari Facebook. Sekian terima kasih. Sebelum Imah terlupa renung-renungkan mesej yang Imah cuba mahu sampaikan..

Friday 11 May 2012

Jom Rawat Hati Yang Riak

Assalamualaikum,

Hari ini Imah nak bincangkan mengenai riak pula... Riak adalah sifat mazmumah dalam Islam. Pada hakikatnya seseorang yang berperasan riak bertujuan adalah untuk menonjolkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialan syirik kecil." Lalu ditanyakan oleh sahabat, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Kemudian Baginda bersabda: "Iaitu riak."

Jom kita rawat hati;

1. Latihkan diri dengan menginsafi bawa riak itu boleh merosakkan amal kebaikan dan mnedapat azab Allah.
2. Latihkan diri dengan menyedari bahawa riak iru diketahui Allah tujuannya.
3. Latihkan diri dengan membenci perbuatan riak kerana ia adalah perbuatan syaitan.
4. Latihkan diri dengan bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
5. Latihkan diri dengan membersihkan hati dan jiwa dalam memperbanyakkan amal kebajikan.
6. Latihkan diri dengan mensyukuri atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T.






p/s : Semoga kita semua dapat menghindari perasaan riak yang dimurkai Allah ini.

Thursday 10 May 2012

Melebihkan Sesuatu Akan Mengurangkan Sesuatu

Assalamulaikum,
 Lama Imah tak update blog kan.. Kawan-kawan Imah pun tanya pasal blog ni. Maklumlah apabila sudah naik Form 3 macam-macam kena buat.. homework tak lepas-lepas... Tak pe apabila ada masa lagi insya-Allah Imah akan update blog ini... Sekarang Imah nak bincangkan apa yang kawan-kawan dah baca tajuk di atas ini..

MENULUSURI PESANAN AMIRUL MUKMININ SAYIDINA UMAR R.A;

- Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya kurang.
 - Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya.
 - Orang yang kerap melakukan suatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya.
 - Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.
 - Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.
 - Orang yang kurang malunya, kuranglah sifat waraknya.
 - Orang yang kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati...


 p/s : Oleh itu, marilah kita bersikap sederhana, janganlah kita melakukan sesuatu itu dengan melebih-lebih...

Wednesday 14 March 2012

Surat Adam kepada Hawa...

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!




Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

renungan bersama
^_^

Thursday 1 March 2012

Menolak Tuah

Assalamualaikum,
Maaflah sebab dah lama Imah tak 'update' blog Imah ni.
Hari ini Imah nak cerita sikit sebuah cerita.

Sebaik selesai majlis konvokesyenm, Nizam dipanggil oleh ayahnya ke bilik bacaan. Nizam dapat mengagak sesuatu. Pasti ayahnya ingin memberikan kunci kereta sebagaimana yang dijanjikan.

Tambahan pula, ayahnya seorang jutawan terkemuka yang mampu membeli apa-apa jua yang dihajatinya. Hatinya berbunga-bunga.

"Tahniah, anak ayah sudah mendapat segulung ijazah," kata ayahnya sambil menghulurkan senaskhah al-Quran.

"Al-Quran? Bukankah ayah sudah berjanji akan hadiahkan Nizam kereta sport? Kalau setakat al-Quran, di bilik Nizam pun sudah ada," bantahnya.

Kecewa dengan sikap ayahnya, Nizam mengambil keputusan keluar dari rumah, membawa haluan sendiri.

Lima tahun berlalu. Nizam sudah mempunyai kerjaya yang stabil, isteri rupawan, seorang anak yang comel dan rumah kediaman mewah.

Suatu hari, Nizam dihubungi oleh seorang peguam. Rupa-rupanya ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan semua harta telah dituar milik kepada anak tunggalnya itu. Nizam kini mewarisi semua aset kekayaan ayahnya.

Rasa bersalah menjengah hatinya. Nizam mengambil keputusan untuk pulang. Sampai sahaja di vila ayahnya, Nizam terus menuju ke bilik bacaan di mana tempat terakhir dia bersama Allahyarham.

Al-Quran yang dihadiahkan oleh si ayah dahulu masih di atas meja. Nizam semakin sebak dan sayu. Dibeleknya al-Quran itu.

Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari celah lembaran al-Quran.

"Ya Allah!" Nizam terduduk. Digenggamnya erat kunci kereta sport hadiah ayahnya.

Pengajaran: Kita seringkali menolak rahmat dan keberkatan kerana ia tidak selalunya dipersembahkan dalam seindah-indah rupa. Benarlah, sesuatu yang manis itu kadangkala dibalut dengan kepahitan, sesuatu yang indah pula dibalut dengan kesusahan.

Saturday 14 January 2012

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

Assalamualaikum,
Hari ini Imah nak bincang pasal kiamat.
Ermm nak tahu tanda-tanda kiamat. Jom layan artikel di bawah ini.


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.







p/s: Ini saja Imah nak bincangkan. Ermm tunggu apa lagi muhasabahlah diri kita dan renung-renungkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...