Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Monday 28 May 2012

Rokok !!!!

Assalamualaikum,

Hari saja-saja Imah nak tulis. Sebenarnya sekarang ni Imah tengah bosan. Tu yang tak tau nak buat apa. Facebook dah, Tagged dah, Twitter dah, sekarang tinggal blog pula. Okay laa tumpang Imah rajin menaip ni... Imah nak cerita sebuah cerita.... Ceritanya berbunyi begini..... jeng..jeng..jeng...


Isteri •» Abang tau x, rokok ni blh wat abang cpt mati?

Suami •» mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…

Isteri •» hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?

Suami •» sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

Isteri •» satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???

... Suami •» pandai math lah awak ni… dri tingkatan 2. awatnya?

Isteri •» Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.

Suami •» so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!

Isteri •» memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!

Suami •» Awak isap rokok x yang?

Isteri •» Tak bang…kenape tanye mcm 2?

Suami •» kalau awak x isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?
Ini sahajalah Imah nak cerita.. Sumbernya dari Facebook. Sekian terima kasih. Sebelum Imah terlupa renung-renungkan mesej yang Imah cuba mahu sampaikan..

Friday 11 May 2012

Jom Rawat Hati Yang Riak

Assalamualaikum,

Hari ini Imah nak bincangkan mengenai riak pula... Riak adalah sifat mazmumah dalam Islam. Pada hakikatnya seseorang yang berperasan riak bertujuan adalah untuk menonjolkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialan syirik kecil." Lalu ditanyakan oleh sahabat, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Kemudian Baginda bersabda: "Iaitu riak."

Jom kita rawat hati;

1. Latihkan diri dengan menginsafi bawa riak itu boleh merosakkan amal kebaikan dan mnedapat azab Allah.
2. Latihkan diri dengan menyedari bahawa riak iru diketahui Allah tujuannya.
3. Latihkan diri dengan membenci perbuatan riak kerana ia adalah perbuatan syaitan.
4. Latihkan diri dengan bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
5. Latihkan diri dengan membersihkan hati dan jiwa dalam memperbanyakkan amal kebajikan.
6. Latihkan diri dengan mensyukuri atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T.






p/s : Semoga kita semua dapat menghindari perasaan riak yang dimurkai Allah ini.

Thursday 10 May 2012

Melebihkan Sesuatu Akan Mengurangkan Sesuatu

Assalamulaikum,
 Lama Imah tak update blog kan.. Kawan-kawan Imah pun tanya pasal blog ni. Maklumlah apabila sudah naik Form 3 macam-macam kena buat.. homework tak lepas-lepas... Tak pe apabila ada masa lagi insya-Allah Imah akan update blog ini... Sekarang Imah nak bincangkan apa yang kawan-kawan dah baca tajuk di atas ini..

MENULUSURI PESANAN AMIRUL MUKMININ SAYIDINA UMAR R.A;

- Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya kurang.
 - Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya.
 - Orang yang kerap melakukan suatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya.
 - Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.
 - Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.
 - Orang yang kurang malunya, kuranglah sifat waraknya.
 - Orang yang kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati...


 p/s : Oleh itu, marilah kita bersikap sederhana, janganlah kita melakukan sesuatu itu dengan melebih-lebih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...