Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Wednesday 18 December 2013

Perkara Utama --> A dan A+

A dan A+ : Perkara Yang Utama

perkara yang utama  perkara yang utama
Assalamualaikum warahmatullah
Di dalam satu masa, anda amat diperlukan pertolongan oleh dua orang yang sangat baik serta rapat dengan anda. Salah seorang ialah, makcik anda, dan seorang lagi ialah ibu anda. Jadi, secara spontannya, harusnya siapa yang terlebih dahulu diberikan keutamaan dalam bantuan anda?
 Taipkan jawapan dan jarak dan sertakan jawapan anda, dan hantarkan pada diri sendiri,
Cerita di atas, boleh saya umpakan seperti begini. Di dalam satu masa, ada dua orang Islam yang tahu ‘skills’ untuk mendapatkan doa yang mustajab. Bezanya ialah, seorang ini jarang berdoa. Dan seorang lagi, kerap berdoa. Dalam berdoa, mereka menfaatkan ‘skills’ yang diperolehi untuk mendapatkan doa yang mustajab. Jadi, agak – agak kita.. siapakah doanya yang akan dimakbulkan terlebih dahulu?
Sekali lagi!
Taipkan doa dan jarak dan sertakan doa anda, dan hantarkan pada Allah SWT.
Jika kita mengatakan jawapan pada cerita yang pertama kita ialah makcik kita, ia tepat. Tetapi, jika kita mengatakan jawapan kita ialah ibu kita, ia amat tepat.
Kenapa? Sebabnya ialah, cerita di atas tidak mengajak kita supaya mencari jawapan yang salah. Begitu juga dengan cerita yang kedua. Jika kita memilih seorang yang jarang – jarang berdoa, ia betul. Tetapi, jika kita memilih seorang lagi yang kerap kali berdoa, ia amat sangat betul.

A dan A+
Bagaikan A dan A+. Kedua – duanya A dan kedua – duanya sangat bagus. Cuma terdapat perbezaan pada tahap A tersebut. Menjadi kemestian pada diri kita, perkara yang utama perlu diutamakan. Umpama cerita ibu dan makcik kita di atas. Makcik kita mungkin baik pada setengah – tengah waktu. Tetapi, ibu kita baik pada setiap waktu.
Yelah! ibu kita yang melahirkan kita bahkan ibu kita yang sentiasa bersama – sama kita sejak lahir lagi. Mungkin, kini ada lagi yang masih bersama ibu yang dikasihi.
 Bagaimana pula dengan cerita kedua?
 Nah.. bukankah kita sudah temui jawapan dan juga telah memilihnya?
 Baik, pada cerita kedua pula, mereka berdua orang Islam dan melakukan perkara yang betul serta baik. Tetapi, mengapa yang kerap berdoa lebih baik daripada yang jarang berdoa? Jawapannya mudah. Yang terbaik, mestilah yang bekerja keras. Manakala yang baik sahaja, itulah seadanya.
 Jika kita sentiasa hidup mengingati Tuhan, tidak pernah tinggalkan Tuhan, sentiasa hendak hampiri Tuhan, sentiasa mengharapkan sepenuhnya penggantungan kepada Tuhan.. tidak mustahil, Tuhan pasti akan utamakan. Jika kita setakat, biasa – biasa dengan Tuhan, ditimpa musibah baru hendak mencari Tuhan, amat mustahil untuk dikatakan, Tuhan pasti akan biasa – biasakan kita.  

Beza kenal dan mengenali
Sekiranya kita katakan Allah SWT itu Tuhan, rasanya semua orang sudah ketahui. Bahkan, yang bukan beragama Islam juga turut kenal. Tetapi, sekiranya kita mengenali Allah SWT sebagai Tuhan, pasti terdapat perbezaan dengan yang lain yang cuma kenal sahaja. ‘Tidak kenal, maka tidak cinta’. 
Andai kita ada seorang teman, adakah cukup sekadar bertanyakan, ‘Assalamualaikum’? Tentu sahaja tidak. Secara umumnya, kita mestilah ingin lebih daripada itu. Mungkin, kita akan bertanyakan nama, umur, atau lebih daripada itu.. pinta menjadi teman sehati sejati! Begitu jugalah kita dengan Allah SWT, takkan setakat tahu sahaja. Tumbuhkan kemahuan dalam diri, bahawa ‘aku ingin berkenalan dan berdampingan bersama – sama Allah SWT’. Ia tidak salah. Hatta, Allah SWT lebih suka pada hamba – hamba-Nya yang berusaha mencintai-Nya. Kerana Allah SWT, pasti akan membalas cinta tersebut.
Akhir kalam, kesemuanya adalah baik. Tetapi, bagi yang terbaik ialah, kita sendiri yang menentukannya. Samada mahu, atau tidak mahu. Jika kita mengatakan bahawa, beribadah mengingatkan serta merapatkan kita dengan Tuhan. Ia, dan benar. Tetapi, itu tidak mencukupi. Kerana banyak lagi yang perlu dipelajari. Terutama sekali, tentang hidup ini. Didiklah diri, supaya terus menerus mengingati serta merapatkan jiwa pada yang MAHA ESA. Mudah atau sukar, teruskan usaha. Usah sekali – kali kita berputus asa, kerana SYURGA itu milik-NYA.

Hati Kita Allah Yang Pegang, maka Ikhlaskanlah

Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlas kan Hati

ikhlas Ikhlas | hold my heart by ~Braq (devianart)
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak?
Mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit.
Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.
Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.
Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
Kecewa tak?
Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?
Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu.
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.
Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.
Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.

Ikhlas lah. Ikhlas itu melegakan! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...