A dan A+ : Perkara Yang Utama
Assalamualaikum warahmatullah
Di dalam satu masa, anda amat diperlukan pertolongan oleh dua orang yang sangat baik serta rapat dengan anda. Salah seorang ialah, makcik anda, dan seorang lagi ialah ibu anda. Jadi, secara spontannya, harusnya siapa yang terlebih dahulu diberikan keutamaan dalam bantuan anda?
Taipkan jawapan dan jarak dan sertakan jawapan anda, dan hantarkan pada diri sendiri,
Cerita di
atas, boleh saya umpakan seperti begini. Di dalam satu masa, ada dua
orang Islam yang tahu ‘skills’ untuk mendapatkan doa yang mustajab.
Bezanya ialah, seorang ini jarang berdoa. Dan seorang lagi, kerap
berdoa. Dalam berdoa, mereka menfaatkan ‘skills’ yang diperolehi untuk
mendapatkan doa yang mustajab. Jadi, agak – agak kita.. siapakah doanya
yang akan dimakbulkan terlebih dahulu?
Sekali lagi!
Taipkan doa dan jarak dan sertakan doa anda, dan hantarkan pada Allah SWT.
Jika kita
mengatakan jawapan pada cerita yang pertama kita ialah makcik kita, ia
tepat. Tetapi, jika kita mengatakan jawapan kita ialah ibu kita, ia amat
tepat.
Kenapa?
Sebabnya ialah, cerita di atas tidak mengajak kita supaya mencari
jawapan yang salah. Begitu juga dengan cerita yang kedua. Jika kita
memilih seorang yang jarang – jarang berdoa, ia betul. Tetapi, jika kita
memilih seorang lagi yang kerap kali berdoa, ia amat sangat betul.
A dan A+
Bagaikan A
dan A+. Kedua – duanya A dan kedua – duanya sangat bagus. Cuma terdapat
perbezaan pada tahap A tersebut. Menjadi kemestian pada diri kita,
perkara yang utama perlu diutamakan. Umpama cerita ibu dan makcik kita
di atas. Makcik kita mungkin baik pada setengah – tengah waktu. Tetapi,
ibu kita baik pada setiap waktu.
Yelah! ibu
kita yang melahirkan kita bahkan ibu kita yang sentiasa bersama – sama
kita sejak lahir lagi. Mungkin, kini ada lagi yang masih bersama ibu
yang dikasihi.
Bagaimana pula dengan cerita kedua?
Nah.. bukankah kita sudah temui jawapan dan juga telah memilihnya?
Baik,
pada cerita kedua pula, mereka berdua orang Islam dan melakukan perkara
yang betul serta baik. Tetapi, mengapa yang kerap berdoa lebih baik
daripada yang jarang berdoa? Jawapannya mudah. Yang terbaik, mestilah
yang bekerja keras. Manakala yang baik sahaja, itulah seadanya.
Jika kita
sentiasa hidup mengingati Tuhan, tidak pernah tinggalkan Tuhan,
sentiasa hendak hampiri Tuhan, sentiasa mengharapkan sepenuhnya
penggantungan kepada Tuhan.. tidak mustahil, Tuhan pasti akan utamakan.
Jika kita setakat, biasa – biasa dengan Tuhan, ditimpa musibah baru
hendak mencari Tuhan, amat mustahil untuk dikatakan, Tuhan pasti akan
biasa – biasakan kita.
Beza kenal dan mengenali
Sekiranya
kita katakan Allah SWT itu Tuhan, rasanya semua orang sudah ketahui.
Bahkan, yang bukan beragama Islam juga turut kenal. Tetapi, sekiranya
kita mengenali Allah SWT sebagai Tuhan, pasti terdapat perbezaan dengan
yang lain yang cuma kenal sahaja. ‘Tidak kenal, maka tidak cinta’.
Andai kita
ada seorang teman, adakah cukup sekadar bertanyakan, ‘Assalamualaikum’?
Tentu sahaja tidak. Secara umumnya, kita mestilah ingin lebih daripada
itu. Mungkin, kita akan bertanyakan nama, umur, atau lebih daripada
itu.. pinta menjadi teman sehati sejati! Begitu jugalah kita dengan
Allah SWT, takkan setakat tahu sahaja. Tumbuhkan kemahuan dalam diri,
bahawa ‘aku ingin berkenalan dan berdampingan bersama – sama Allah SWT’.
Ia tidak salah. Hatta, Allah SWT lebih suka pada hamba – hamba-Nya yang
berusaha mencintai-Nya. Kerana Allah SWT, pasti akan membalas cinta
tersebut.
Akhir
kalam, kesemuanya adalah baik. Tetapi, bagi yang terbaik ialah, kita
sendiri yang menentukannya. Samada mahu, atau tidak mahu. Jika kita
mengatakan bahawa, beribadah mengingatkan serta merapatkan kita dengan
Tuhan. Ia, dan benar. Tetapi, itu tidak mencukupi. Kerana banyak lagi
yang perlu dipelajari. Terutama sekali, tentang hidup ini. Didiklah
diri, supaya terus menerus mengingati serta merapatkan jiwa pada yang
MAHA ESA. Mudah atau sukar, teruskan usaha. Usah sekali – kali kita
berputus asa, kerana SYURGA itu milik-NYA.
No comments:
Post a Comment