Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Tuesday 24 February 2015

Hikmah Disebalik Patah Hati :')

Patah Hati





PATAH HATI !!!!!

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas.
Tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat
 “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”.
Tiada istilah lain kah yang lebih sedap?
Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan?
Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka.
Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.
Menangislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri.
Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya
♥ ‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban ♥
Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini?
Cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya.
Tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al Quran?
Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH.
Apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan?
Disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH.
Nauzubillahimindzalik.
Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.
 “Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan.
Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil telefon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia,
Terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH.
Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !

Saturday 21 February 2015

Cara kira markah merit bagi lepasan SPM :)

Assalamulaikum dan haii uolls...

Hari ni.. imah nak story2 kat uolls pasal cara nak kira markah merit.. Actually,  merit ni perlu sebab kita boleh tengok kelayakan kita ke IPT.. So, tak lah uolls tertanya2 kan sebab pa uolls tak dapat IPT.. Hal ni sebab ada beberapa kes yang telah dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperolehi 3 calon (contoh kes sebenar)

 

(from pakcik google)



 


Haa sebelum tu imah nak story2 pasal kaedah pengiraan markah merit.. 
Dasar markah merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%) .. So,tak de laa uolls tertanya2 apa kegunaan markah koko kann.. bagi yang mana tak taw nak check kat mana uolls boleh check di apps5.moe.gov.my/emkoko/..However, kalau uolls dapat sikit jaa markah koko tak efek pun kat markah merit.. kan akademik lebih tinggi dari markah koko kann.. so chill :)

Beside that, markah Akademik ni berdasarkan 8 mata pelajaran iaitu 5 mata pelajaran utama dan 3 mata pelajaran terbaik.. 

Permohonan pula terbahagi kepada dua iaitu aliran sains dan sastera.. So, dasar pengambilan ini merangkumi penentuan aliran :)
  1. Aliran Sains – Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
  2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain.
Okay.. now uolls dah faham kan serba-serbi kan.. :) Now, imah nak bagi nilai gred setiap matapelajaran pula


Sumber pakcik google :)


Orayt.. now, i want to tell to uolls how to calculate it.. Firstly, uolls MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utama tadi taw.. Second, uolls mesti mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain.. sebaik2nya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon :) 

Okay, now.. uolls dah taw kan matapelajaran yang kena kira tuu kan.. now, uolls fahamkan cara pengiraan ni taw..

sumber pakcik google :)


haa lupa pulak.. 5 mata pelajaran utama tadi tuu uolls kena tambah dulu taw baru darab dan bahagi.. sama jugak dengan 3 mata pelajaran utama tadi :)

Orayt.. now uolls dah dapat kan markah merit uolls.. so bolehlah kaji dan selidik kos mana yang uolls impikan :) semoga berjaya ^_^

p/s : Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi.. Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi :)

Friday 20 February 2015

Lesen Kereta ! I got it :)



Assalamualaikum and hye uolls ... hari ni nak cerita pasal proses untuk memperoleh lesen memandu di Malaysia. Imah buat entri ni sebab i finally pass in jpj test. Well, nak dapatkan lesen ni sebenarnya mudah tetapi tanggungjawab setelah mendapatkan lesen itu amatlah berat. So, kalau korang rasa korang tak bertanggungjawab, tak payahlah menggatal nak bawak apa jua kenderaan bermotor di atas jalan raya kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang lain pula.

 * * * * * * * * * *  A L - K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, perkara pertama yang korang perlu lakukan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di Malaysia ini adalah dengan mendaftar di mana-mana institut memandu yang korang tahu. Sekarang ni dah banyak institut memandu dan bermacam-macam pakej yang depa tawarkan untuk menarik minat para pelanggan jadi bergantung pada korang la nak pilih institut memandu yang mana. Macam imah, imah ambil dekat PBE Sungai Pasir sebab dekat dengan tempat kerja ayah so, ayah boleh laa mai ambik dengan mudah. Tak payah pergi jauh-jauh.

Selepas daftar, uolls kena la buat pembayaran yang ditetapkan oleh institut memandu yang sidaftar. Macam kat PBE, imah ambil lesen D jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM1200. Tapi saya tak adalah bayar penuh cuma bayar RM300 dahulu. Bakinya saya selesaikan sebelum Ujian Bahagian II dan III. Lepas dah bayar, uolls kena pergi menghadirkan diri ke kelas KPP lima jam. Dalam kelas KPP ni akan diterangkan sedikit sebanyak mengenai peraturan jalan raya dan proses-proses untuk mendapatkan lesen memandu. KPP ni macam ceramah juga laa.. so, ada ja yang tidur haha berangan hemm maybe.. haha

Next step, lepas korang dah menghadirkan diri selama 5 jam di kelas KPP, korang perlu menduduki Ujian Bahagian I iaitu Ujian Berkomputer. Ramai juga yang tidak lulus so, korang kenalah study and fahamkan betul signboard and beberapa perkara lagi tentang peraturan jalanraya di Malaysia. Actually imah tak baca pun buku.. i just answering the questions.. in http://www.kpp4u.com/Default.aspx?code=K1004 This is because.. i'm not really love in reading actually haha.. And one more soalan yang keluar tuu ada jaa dalam latihan yang uolls dapat or beli tuu.. so, tak payahlah buang duit dok repeat benda yang sama sedangkan uolls boleh lulus sekali untuk mendapatkan benda yang sama. Markah lulus 42 dari 50. Imah dulu dapat 49 alhamdulillah :).  Oh ya, sebelum uolls menduduki ujian Bahagian I ni, korang perlu membayar RM10 untuk gambar yang akan ditangkap untuk urusan JPJ sekiranya lesen kita hilang kemudian hari atau apa. Eh, walaupun uolls bayar dan tangkap gambar pada hari Ujian Bahagian I, uolls takkan dapat gambar tu tau sebab terus masuk dalam sistem. Hee. Oh ya, sebelum jawab ujian Bahagian I, ampa perlu menjawab soalan buta warna dengan betul. Kalau salah satu je pun, nama  akan terus di-blacklist di JPJ yang akan menyebabkan uolls hilang layak untuk mendapatkan lesen. Sekiranya nak clearkan balik nama, ampa kena jumpa doktor untuk mengesahkan yang ampa ni tidak mempunyai masalah penglihatan. Dah satu hal lagi nak kena buat kan?

 Lepas lulus Bahagian I, uolls akan memperoleh lesen L yang membolehkan belajar memandu kelas kenderaan yang korang daftar. Kalau D, boleh bawa kereta dah la tetapi setakat belajar di litar memandu. Kalau nak bawak di luar, ampa perlu bawa kenderaan yang diwartakan oleh institut memandu sahaja dan tenaga pengajar yang bertauliah perlu ada sekali. Lesen L ni valid dalam masa tiga bulan sahaja. Jadi, uolls perlu mendapatkan lesen P dalam masa tiga bulan dan sekiranya gagal, ampa perlu memperbaharui semula lesen L sehinggalah memperolehi lesen P. Lepas dah dapat lesen L ni, uolls perlu belajar memandu selama 10 jam sekurang-kurangnya untuk membolehkan ampa menduduki Ujian Bahagian II dan III. Tapi, katakan lah kalau dah cukup 10 jam and ampa dah yakin yang ampa dah boleh memandu, ampa tak perlu menambah jam untuk memandu lagi tetapi sekiranya anda mahupun tenaga pengajar tak rasa yang anda boleh memandu lagi maka uolls perlu menambah jam memandu lagi. 

 
Lepas korang dah confirm tarikh untuk ambil ujian Bahagian II dan III which is test JPJ.. Oh yaa, sebelum test JPJ uolls kena test QTI dulu iaitu test dengan ketua pengajar institut memandu tuu laahh.. Actually test ni senang jer pass.. hee sebab orang yang dalam institut tu sendiri yang test kita. :) 

In JPJ test, firstly, uolls akan ke litar ujian sebenar untuk diuji oleh para pegawai JPJ. Untuk Ujian Bahagian II anda akan diuji di bukit, selekoh z, parking, 3 penjuru dan selekoh s. Alhamdulillah i can do it .. Oh ya..  waktu kat bukit tayar uolls kena 50 masuk 50 keluar. If tak masuk atau lebih uolls  kena la turun ke bawah bukit semula dan naik ke bukit sekali lagi. Oh ya, hanya dua kali percubaan je tau dan masa diberi tiga minit sahaja. Contoh laa kan, kali pertama tak sampai then uolls turun.. then, naik atas bukit semula tapi tayar masih tidak berada di atas garisan, tetap GAGAL taw... So, kalau berhadapan situasi macam ni uolls kena tenang taw jangan gabra tuk buat percubaan kali kedua.. kalo gabra habis semuaa.. Then, lepas ampa lepas buat bukit, ampa kena buat selekoh z. Selekoh z ni tangan kena cekap stereng.. contohlaa kan kalo tangan uolls tak cekap stereng uolls boleh jaa berhenti pastu cepat2 pusing stereng asalkan uolls tak langgar tepi taw.. sebab kalo langgar alamatnya gagal laa... After that, parking.. Haa parking ni empat atw lima minit jaa tau. Lebih masa dan masih tidak selesai meletakkan kenderaan anda di dalam petak anda dikira GAGAL! uolls kena park betul-betul jangan bagi mana-mana bahagian kenderaan keluar dari garisan kuning kalau tidak anda GAGAL! Lepas ampa lulus parking, ampa dikehendaki membuat pusingan tiga penjuru. Masa tiga penjuru ni uolls dibenarkan berhenti dua kali jaa kalo uolls berhenti 3 kali dan keatas alamatnya GAGAL laa.... :(. Akhir sekali dalam litar, ialah selekoh s.. For me, selekoh s is quiet easy..sebab kita just kena kawal stereng betul2 jaa.. then jangan langgar apa2 .. :) Oh yaa, dalam bahagian dua ni markah lulus 61 per 70.. Alhamdulillah i got 64.. :)
 
Setelah selesai Ujian Bahagian II yang mendebarkan, jangan fikir anda boleh bertenang, Masih ada Ujian Bahagian III yang memerlukan ampa memandu di jalanraya sambil diuji oleh pegawai JPJ yang duduk bersebelahan dengan korang. So, kena laa bawak dengan penuh berhati-hati dan berhemah. Tak payah laa berangan nak potong kenderaan lain walaupun kenderaan di hadapan lebih perlahan dari kura-kura sebab kalau uolls buat macam tu, uolls akan kehilangan 1 markah kerana memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Ouh, markah lulus 64 daripada 80 markah. Masa imah dulu dapat 74. Hihi.Alhamdulillah. Masa tengah tunggu giliran nak ambil Ujian Bahagian III tu, nampak punyalah banyak kenderaan yang dipandu pulang oleh pegawai JPJ yang menandakan anda GAGAL! Takut juga tetapi Alhamdulillah lulus juga. Seperti biasa, kat traffic light yang pertama, semasa latihan dan juga ujian..Enjin kenderaan mati sebab lift clutch more than accelerator. Hee, takut juga pegawai tu suruh berhenti lepas tu tapi nasib baik dia okay je. Dia tahu saya gelabah sebab kereta saya paling depan sekali. 

So, kalau lulus semua ujian-ujian tersebut maka anda akan memperoleh Lesen P yang sahlaku sehingga dua tahun. Jadi selama dua tahun juga lah anda perlu menampal pelekat P di kenderaan anda (:

Institut ni laa yang Imah daftar :)
Alhamdulillah got it !




So kepada korang yang ingin atau sedang mengambil lesen, semoga berjaya memperolehi lesen dengan sekali percubaan dan kepada yang dah dapat lesen tu jangan lupa diri. Lesen tu sebenarnya satu tanggungjawab. Jadi pemandu yang berhemah agar kadar kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan :D


 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

Monday 16 February 2015

Educamp UTP 2015 :)

Assalammualaikum semua. Hai lama kan tak berblogging ni. Imah ada saja cuma sikit busy dengan persiapan menghadiri educamp ini. Busy jugaklah after SPM dok " usha " mana2 U yg sesuai. Nak tengok biasiswa la, u la macam2 la. Kan orang kata nak pilih kos tu biar betul2 kita boleh bawa dan ada kerja hee baru cerah masa depan.

Btw, straight to the point I'm glad to share with all of you about my recently experience attended to UTP ( Universiti Teknologi Petronas ). Well, it's quite very far from my home but I had to attend the educamp. It's a difficult oppurtunity and I really feel like a stupid person if I do not grab this chance rite?

It was started at 7.30 a.m, but I reached there nearly about 7.20 a.m. However, there is full of people.Hee biasalaa semangat kan. Sebelum tuu kami dah bermalam kat ipoh rumah mak jang haha homestay free of charge.. hee.. jimat2x
Ni rupa chancellor hall. besar kan. sebelah kanan library sebelah kiri dewan.
 (google)


Bila dh sampai sana tu, terus kami pergi chancellor hall . Actually, UTP is a very convenience and luxury place I've ever been. Memang sangat cantik dan menarik. Lepas tu datang la macam2 perasaan, memang beruntung sangat kalau dapat jadi penuntut U ni.


Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dan tak ada apa2 masalah semasa pendaftaran tu. Imah tergolong dalam group E. Then, Imah dibawa naik ke atas, dalam dewan chancellor tu. Imah duduk kat seat yang no kami tu. Semua ibu bapa dan calon diminta dengar taklimat dulu sebelum kami exam. Sebelah seat tu Imah dapat la berkenalan dengan seorang rakan dari SMK Sultanah Asma, Kedah.Kiranya satu negeri laa dengan Imah.   It's too exciting.

Bila dah 8.45  pagi tu, kami pula dibawa ke satu makmal komputer mengikut group masing2 manakala ibu bapa dibawa naik bas jalan2 sekitar UTP tu. Tengok persekitaran pelajar UTP belajar kat sana n semua la. 
First thing when we arrived at computer lab was we sitting for two examination, CSPQ and TSA. Ujian CSPQ tu still okay lagi, but ujian TSA tu quite tough and really challenging. It involved critical thinking and math problem. But, Alhamdulillah i can do it punctuality.

Then, seorang demi seorang akan ditanya soalan, it may consider it as an interview. And Alhamdulillah again, I can answer it with fully english.

Around 12.30 noon finally we had finished. Semua calon pun rasanya dah boleh pulang. It was a enjoyable and very exciting camp even sekejap ja. Imah cuma berserah pada Ilahi, kalau ada rezeki dapat belajar kt sini, I really want to accept it. In shaa Allah. 

It's me.. finally finished !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...