Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Friday, 20 February 2015

Lesen Kereta ! I got it :)



Assalamualaikum and hye uolls ... hari ni nak cerita pasal proses untuk memperoleh lesen memandu di Malaysia. Imah buat entri ni sebab i finally pass in jpj test. Well, nak dapatkan lesen ni sebenarnya mudah tetapi tanggungjawab setelah mendapatkan lesen itu amatlah berat. So, kalau korang rasa korang tak bertanggungjawab, tak payahlah menggatal nak bawak apa jua kenderaan bermotor di atas jalan raya kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang lain pula.

 * * * * * * * * * *  A L - K I S A H  * * * * * * * * * *

Well, perkara pertama yang korang perlu lakukan untuk mendapatkan lesen memandu yang sah di Malaysia ini adalah dengan mendaftar di mana-mana institut memandu yang korang tahu. Sekarang ni dah banyak institut memandu dan bermacam-macam pakej yang depa tawarkan untuk menarik minat para pelanggan jadi bergantung pada korang la nak pilih institut memandu yang mana. Macam imah, imah ambil dekat PBE Sungai Pasir sebab dekat dengan tempat kerja ayah so, ayah boleh laa mai ambik dengan mudah. Tak payah pergi jauh-jauh.

Selepas daftar, uolls kena la buat pembayaran yang ditetapkan oleh institut memandu yang sidaftar. Macam kat PBE, imah ambil lesen D jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM1200. Tapi saya tak adalah bayar penuh cuma bayar RM300 dahulu. Bakinya saya selesaikan sebelum Ujian Bahagian II dan III. Lepas dah bayar, uolls kena pergi menghadirkan diri ke kelas KPP lima jam. Dalam kelas KPP ni akan diterangkan sedikit sebanyak mengenai peraturan jalan raya dan proses-proses untuk mendapatkan lesen memandu. KPP ni macam ceramah juga laa.. so, ada ja yang tidur haha berangan hemm maybe.. haha

Next step, lepas korang dah menghadirkan diri selama 5 jam di kelas KPP, korang perlu menduduki Ujian Bahagian I iaitu Ujian Berkomputer. Ramai juga yang tidak lulus so, korang kenalah study and fahamkan betul signboard and beberapa perkara lagi tentang peraturan jalanraya di Malaysia. Actually imah tak baca pun buku.. i just answering the questions.. in http://www.kpp4u.com/Default.aspx?code=K1004 This is because.. i'm not really love in reading actually haha.. And one more soalan yang keluar tuu ada jaa dalam latihan yang uolls dapat or beli tuu.. so, tak payahlah buang duit dok repeat benda yang sama sedangkan uolls boleh lulus sekali untuk mendapatkan benda yang sama. Markah lulus 42 dari 50. Imah dulu dapat 49 alhamdulillah :).  Oh ya, sebelum uolls menduduki ujian Bahagian I ni, korang perlu membayar RM10 untuk gambar yang akan ditangkap untuk urusan JPJ sekiranya lesen kita hilang kemudian hari atau apa. Eh, walaupun uolls bayar dan tangkap gambar pada hari Ujian Bahagian I, uolls takkan dapat gambar tu tau sebab terus masuk dalam sistem. Hee. Oh ya, sebelum jawab ujian Bahagian I, ampa perlu menjawab soalan buta warna dengan betul. Kalau salah satu je pun, nama  akan terus di-blacklist di JPJ yang akan menyebabkan uolls hilang layak untuk mendapatkan lesen. Sekiranya nak clearkan balik nama, ampa kena jumpa doktor untuk mengesahkan yang ampa ni tidak mempunyai masalah penglihatan. Dah satu hal lagi nak kena buat kan?

 Lepas lulus Bahagian I, uolls akan memperoleh lesen L yang membolehkan belajar memandu kelas kenderaan yang korang daftar. Kalau D, boleh bawa kereta dah la tetapi setakat belajar di litar memandu. Kalau nak bawak di luar, ampa perlu bawa kenderaan yang diwartakan oleh institut memandu sahaja dan tenaga pengajar yang bertauliah perlu ada sekali. Lesen L ni valid dalam masa tiga bulan sahaja. Jadi, uolls perlu mendapatkan lesen P dalam masa tiga bulan dan sekiranya gagal, ampa perlu memperbaharui semula lesen L sehinggalah memperolehi lesen P. Lepas dah dapat lesen L ni, uolls perlu belajar memandu selama 10 jam sekurang-kurangnya untuk membolehkan ampa menduduki Ujian Bahagian II dan III. Tapi, katakan lah kalau dah cukup 10 jam and ampa dah yakin yang ampa dah boleh memandu, ampa tak perlu menambah jam untuk memandu lagi tetapi sekiranya anda mahupun tenaga pengajar tak rasa yang anda boleh memandu lagi maka uolls perlu menambah jam memandu lagi. 

 
Lepas korang dah confirm tarikh untuk ambil ujian Bahagian II dan III which is test JPJ.. Oh yaa, sebelum test JPJ uolls kena test QTI dulu iaitu test dengan ketua pengajar institut memandu tuu laahh.. Actually test ni senang jer pass.. hee sebab orang yang dalam institut tu sendiri yang test kita. :) 

In JPJ test, firstly, uolls akan ke litar ujian sebenar untuk diuji oleh para pegawai JPJ. Untuk Ujian Bahagian II anda akan diuji di bukit, selekoh z, parking, 3 penjuru dan selekoh s. Alhamdulillah i can do it .. Oh ya..  waktu kat bukit tayar uolls kena 50 masuk 50 keluar. If tak masuk atau lebih uolls  kena la turun ke bawah bukit semula dan naik ke bukit sekali lagi. Oh ya, hanya dua kali percubaan je tau dan masa diberi tiga minit sahaja. Contoh laa kan, kali pertama tak sampai then uolls turun.. then, naik atas bukit semula tapi tayar masih tidak berada di atas garisan, tetap GAGAL taw... So, kalau berhadapan situasi macam ni uolls kena tenang taw jangan gabra tuk buat percubaan kali kedua.. kalo gabra habis semuaa.. Then, lepas ampa lepas buat bukit, ampa kena buat selekoh z. Selekoh z ni tangan kena cekap stereng.. contohlaa kan kalo tangan uolls tak cekap stereng uolls boleh jaa berhenti pastu cepat2 pusing stereng asalkan uolls tak langgar tepi taw.. sebab kalo langgar alamatnya gagal laa... After that, parking.. Haa parking ni empat atw lima minit jaa tau. Lebih masa dan masih tidak selesai meletakkan kenderaan anda di dalam petak anda dikira GAGAL! uolls kena park betul-betul jangan bagi mana-mana bahagian kenderaan keluar dari garisan kuning kalau tidak anda GAGAL! Lepas ampa lulus parking, ampa dikehendaki membuat pusingan tiga penjuru. Masa tiga penjuru ni uolls dibenarkan berhenti dua kali jaa kalo uolls berhenti 3 kali dan keatas alamatnya GAGAL laa.... :(. Akhir sekali dalam litar, ialah selekoh s.. For me, selekoh s is quiet easy..sebab kita just kena kawal stereng betul2 jaa.. then jangan langgar apa2 .. :) Oh yaa, dalam bahagian dua ni markah lulus 61 per 70.. Alhamdulillah i got 64.. :)
 
Setelah selesai Ujian Bahagian II yang mendebarkan, jangan fikir anda boleh bertenang, Masih ada Ujian Bahagian III yang memerlukan ampa memandu di jalanraya sambil diuji oleh pegawai JPJ yang duduk bersebelahan dengan korang. So, kena laa bawak dengan penuh berhati-hati dan berhemah. Tak payah laa berangan nak potong kenderaan lain walaupun kenderaan di hadapan lebih perlahan dari kura-kura sebab kalau uolls buat macam tu, uolls akan kehilangan 1 markah kerana memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Ouh, markah lulus 64 daripada 80 markah. Masa imah dulu dapat 74. Hihi.Alhamdulillah. Masa tengah tunggu giliran nak ambil Ujian Bahagian III tu, nampak punyalah banyak kenderaan yang dipandu pulang oleh pegawai JPJ yang menandakan anda GAGAL! Takut juga tetapi Alhamdulillah lulus juga. Seperti biasa, kat traffic light yang pertama, semasa latihan dan juga ujian..Enjin kenderaan mati sebab lift clutch more than accelerator. Hee, takut juga pegawai tu suruh berhenti lepas tu tapi nasib baik dia okay je. Dia tahu saya gelabah sebab kereta saya paling depan sekali. 

So, kalau lulus semua ujian-ujian tersebut maka anda akan memperoleh Lesen P yang sahlaku sehingga dua tahun. Jadi selama dua tahun juga lah anda perlu menampal pelekat P di kenderaan anda (:

Institut ni laa yang Imah daftar :)
Alhamdulillah got it !




So kepada korang yang ingin atau sedang mengambil lesen, semoga berjaya memperolehi lesen dengan sekali percubaan dan kepada yang dah dapat lesen tu jangan lupa diri. Lesen tu sebenarnya satu tanggungjawab. Jadi pemandu yang berhemah agar kadar kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan :D


 * * * * * * * * * *  T A M A T  * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...