Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Saturday 31 December 2011

SURPRISE !!!

Assalamualaikum,
Hari ini Imah nak 'surprise'kan satu cerita. Nak tahu sama ada best ke tak bacalah cerita ini. Ingat membaca jambatan ilmu. Orang berjaya ialah orang yang rajin membaca. Tunggu apa lagi nak tahukan apa yang Imah 'surprise'kan bacalah cerita ini :)




Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku dan kata aku balik lambat sebab kena menapak.

Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.


Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.


Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur ntah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT...!!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam  bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... macam mana boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK..!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada..! jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.. Dan pak mertua aku pun jawab.. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'

p/s : Hahaha best tak 'surprise' Imah. Kalau tak best tak pe laa.. Imah tak kisah.. Setakat ini saja yang Imah nak 'surprise'kan semoga bertemu lagi. Sekian....

Thursday 29 December 2011

Cinta bukan bercouple

Assalamualaikum,
Hari ini Imah nak cerita pasal couple plak...
Lama Imah tak pegang blog ini.. so, hari ini Imah nak update tentang tajuk ini
"Cinta bukan bercouple"
Okay.. sekarang ikutilah artikel di bawah ini...

Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.

Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.
Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.

Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.

Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.

Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.

Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.

Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.

Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
Cinta bukan bercouple....

Thursday 15 December 2011

Cinta.. cinta.. cinta...

Assalamualaikum,

hari ini Imah nak cerita tentang tajuk di atas.
Fitrah manusia memiliki perasaan di atas...
Ikutilah artikel di bawah ini.



Cinta??mungkin semua mengalami hal seperti ini...cinta itu adalah fitrah bagi manusia...cinta adalah satu aspek yang boleh dikaitkan dengan hati...kita akan bercinta sama ada cinta kepada tuhan yang maha agung iaitu ALLAH atau kepada makhluk ciptaannya samaada manusia atau alam sekitar...realiti nya manusia pasti akan mencintai golongannya sendiri iaitu manusia...contoh lelaki akan bercinta dengan perempuan... dan perempuan akan bercinta dengan lelaki..=)

perbezaannya cinta kepada ALLAH adalah cinta yang sebenarnya-benarnya...berbanding dengan cinta kepada manusia sendiri kerana tidak akan kekal lama cinta itu...cinta kepada manusia dibolehkan tetapi perlu ada batas2 tertentu...

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

seandainya hati sudah berkenan,mampu untuk berumah tangga,ada tanggungjawab maka percepatkan perkahwinan untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah,zina dan sebagainya...

pada kawan-kawan ku yang sudah punya calon dan masih tidak bernikah cepatkanlah eh...kalau macam hamba ni masih lagi belum ada jadi boleh la rileks2...=)...

pesanan untuk teman dan pembaca cari pasangan yang solehah..indah budi pekertinya...melaksanakan sunnah rasulullah...dekatkan diri dengan tarbiyyah..melaksanakan yang sunat...ciri keibuan seperti isteri-isteri nabi..ciri kebapaan seperti seperti rasulullah..:p insyaALLAH semoga bahagia dunia akhirat

Tiket ke syurga dah ada ke???

Assalamualaikum,

Saya pernah terbaca kisah mengenai salah seorang tokoh sufi,Ibrahim bin Adham nama beliau.
Suatu hari beliau ingin untuk memasuki sebuah tempat pemandian awam.
Penjaganya meminta wang untuk membayar tiket masuk.Ibrahim bin Adham hanya menggeleng kepalanya seraya mengaku bahawa beliau tak punya wang untuk membayar harga masuk.


Lantas penjaga tempat pemandian itu berkata,

"Maaflah,jika saudara tidak mempunyai wang,saudara tidak dibenarkan untuk masuk ke sini."


Tatkala itu juga,Ibrahim bin Adham tersungkur ke atas tanah..Terdengar ratapan-ratapan kesedihan keluar dari mulutnya.Jadi,pengunjung dan orang ramai yang berada di situ berusaha menenangkan beliau.Bahkan,ada yang bermurah hati menawarkan diri untuk membayar harga masuk ke yampat pemandian awam tersebut

Seraya Ibrahim bin Adham menjawab, "Aku menangis bukan kerana tidak dapat masuk ke tempat pemandian ini. Ketika si penjaga meminta wang untuk membayar harga masuk, aku terus teringat pada sesuatu yang membuatku menangis.

"Jika aku tak diizinkan masuk ke tempat pemandian dunia ini kecuali jika aku membayar harga masuknya, harapan apa yang boleh aku miliki agar diizinkan memasuki surga? Apa yang akan terjadi padaku jika aku dituntut:

"Amal soleh apa yang telah kau bawa sebagai bekalan?"

"Apa yang telah kau kerjakan yang cukup berharga untuk boleh dimasukkan ke syurga?"

"Sama ketika aku diusir dari tempat pemandian kerana tak mampu membayar, aku tentu tak akan diperbolehkan memasuki surga jika aku tak mempunyai amal soleh apa pun. Itulah sebabnya aku menangis dan meratap."

Dan orang-orang di sekitarnya yang mendengar ucapan itu langsung terjatuh dan menangis bersama beliau.



Dah beli tiket ke syurga?
Persoalannya,mampu ke kita beli?

============================


Kalau saya ditanya,apa amalan dan kebajikan yang awak buat selama ini sebagai tiket masuk ke syurga?

Mungkin lidah saya akan terkelu di situ...

Tapi,

kalau saya ditanya :

"Apa kelayakan dan kelebihan anda sebagai tiket untuk kami beri biasiswa kepada anda?"

InsyaAllah,pandai-pandailah saya jawab nanti

Wassalam ;)


Jauhi Riak !!!

PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.

"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan"
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.

Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.

Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.

Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)


إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)

Wednesday 14 December 2011

Mimpi seekor nyamuk...

Assalamualaikum,
Hari ini imah nak kongsi sedikit cerita yang dipetik dari majalah Solusi isu 38. Hmm nak tahu best ke tak cerita ini marilah baca. Kisah tentang seekor nyamuk yang selalu mengalami mimpi dan diceritakan kepada seekor belalang.














Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya seekor belalang hijau :" Aku bermimpi semalam."
"Kau mimpi apa?"
"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."
"Wah, tu mimpi yang hebat!"
"Ya dan aku sangat gembira." Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis.

Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. "Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk."
"Hah, hah, hah! Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."
Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.

Hari berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk : "Engkau mimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ni!"
Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

Pengajara yang boleh diteladani dari cerita di atas ialah, ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah malakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehungga barangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan dengan campuran dua ramuan; khauf (takut) dan raja' (harap)

p/s : sekiranya terdapat kesilapan mengeja harap dimaafkan kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan. semoga cerita ini boleh memberi kita pengajaran.

Couple tu Haram !!!!

Couple tu Haram !!!



Cerita ini dipetik dari sekolah imah...


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..


Lepas tu saya cuba buat lawak
Kononnya nak tarik perhatian orang lain
Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
Terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
Tapi saya tak kisah..
Asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm, sms awek sampai pagi..
Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..


Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..


Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
Akhirnya, dipendekkan cerita..
Saya pun mulalah BERCINTA..


Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..


Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
Kalau merajuk saling pujuk-memujuk..
Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..


Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
Kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..


Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..


Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya tak nak jadi baik seorang diri..
Jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
Saya kejut awak bangun subuh..(calling)
Saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple.
Saya kata, kita bukan buat benda yang salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
Ada yang siap wat mksiat lagi..
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat..
Cuma sms dan call je..


Dan awak terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awak pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
Surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa..
Saya mesti nak tegur.
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~


Lepas tu, satu masa..
Saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"


Saya tak percaya..
Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
Macam betul pulak..
huhu~~
Tapi biasala..
Kalau kita suka satu benda tu..
Kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..


Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
Dan teruskan saja hubungan kita..
Kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
Tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
Lagi tiga minggu sebelum trial..
Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
Buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..


Ada yang terima..
Ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
Saya kena marah pula..
Macam-macamlah alasannya
Ada kata saya tegur tak berhikmah..
Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
Saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
Ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
Saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir..


"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
Ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"


Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..


"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."


Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?


Macam-macam yang saya fikir..


Dipendekkan cerita lagi sekali..
Saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..


Dalam perjalanan ke seminar tu..
Saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya teragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"


Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."


Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"


"Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."


"Zina hati?" Saya menduga.


"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..


"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."


Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab..


"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."


Saya terdiam lagi.


"Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"


"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."


Tiba-tiba saya terfikir..


"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"


Saya cakap..


"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"


Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."


Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.


"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."


"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."


"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..


"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."


Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].


Lepas tu tertera di skrin..


[SENDING..]

[MESSAGE SENT]


Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..


"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."


Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang setuju..tapi tak kisahlah semua tu..


Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..


"Seindah gubahan pertama.."


Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..


"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..


Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,


Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..


Tapi carilah cinta Allah..
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan
Itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]


Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik

Lelaki kacak suka membaca ???

Assalamualaikum,
 
Betulkah apa yang Imah tuliskan di atas tuu...
Benarkah lelaki kacak atau tampan ataupun segak suka membaca...
Tidak dinafikan lelaki yang tidak berapa kacak juga suka membaca...
hmm kalau nak tahu benar atau tidak ikutilah artikel di bawah ini....


Jalan yang selalunya lengang padanya hari cuti umum sememangnya sesak dan hiruk-pikuk jika kita tersadai di situ pada waktu puncak hari biasa. Itulah Jalan Tun Razak di ibu kota tercinta. Baru-baru ini saya terperangkap di situ dan pemanduan amat berengsot.


Kalau mengikut imaginasi sayayang agak luar biasa, mahi sahja saya menekan satu punat di 'papan pemuka' dan akan keluarlah sayap diudara menuju ke destinasi. Namun, itu hanyalah khayalan semata-mata. Yang nyata, saya berada di tengah-tengah kesesakan yang telah saya masuk ke dalam kereta dan memegang 'pengemudi roda'


Seperti kebanyakan kebetulan, hari itu saya 'terserempak' lagi dengan kebetulan yang menggambarkan destinasi yang dituju. Dalam kesesakan itu, saya sempat menoleh kiri dan kanan kereta. Kelihatan ramai pemandu yang sedang membaca.


Setelah bersabar dalam kebosanan, akhirnya saya berjaya memarkir di tempat parkir Perpustakaan Negara. Agak lama saya tidak ke situ. Kelihatan begitu kemas dan teratur. Begitu juga seperti pemandu di kiri dan kanan saya tadi, banyak lelaki kacak yang berada di perpusatakaan itu.


Bercerita tentang perpustakaan dan membaca ini, teringat saya akan pengalaman ketika berada di British Council of Cairo. Seorang anak murid saya yang berbangsa Perancis yang bernama Gilles mahir bertutur dalam bahasa melayuu. Katanya, dia belajar bertutur melalui rakannya semasa belajar di Swansea tetapi tidak pula belajar menulis.


Selepas 6 bulan saya mengajar Gilles bahasa melayu (penulisan), Gilles dapat menguasainya dengan mudah dan menjadi salah seorang pelajar terbaik saya. Ini kerana Gilles seorang yang amat rajin membaca dan juga seorang yang kacak.


Berbalik kepada cerita asal, setelah selesai tugasan di situ, saya keluar dan menjamu selera di gerai mamak. Untuk 'mengasah bakat' mamak, saya meminta :' Grinded-panbread satu.' 'Roti canai satu aaa...okey!' Mamak jawab begitu menandakan dia 'baca punya olang' dan dia kacak.


Simboliknya ;


" Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang ditanya tentang ilmu yang diketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang daripada api neraka pada hari kiamat.' (Riwayat Abu Daud)"





p/s : cerita ini imah ambil dari majalah solusi tapi telah diringkaskan kerana terlalu panjang. jika ada kesilapan ejaan, ayat ataupun tatabahasa harap dimaafkan.

Rindu sama amek !!!

Assalamualaikum,
 
Hmm hari ini Imah tulis sedikit cerita yang Imah ambil dari Majalah Sekolah Imah...

Cerita asalnya daripada Kak Asiah... (sorry ye Kak Asiah Imah ambil yer)

Nak tahu ceritanya pasal ape??? Ikutilah cerita di bawah ini.



Bila sebut sahaja perkampungan orang asli, pasti ramai antara kita yang membayangkan suasana hutan, orang asli yang berambut kerinting lagi berhingus dan bermacam-macam lagi. Aku mula memasuki perkampungan orang asli ketika umurku tujuh tahun untuk mengikuti papa berdakwah bersama-sama rakan-rakanya berdakwah yang memang sentiasa memasuki perkampungan ini. Kawan-kawan papaku memanggilku dengan gelarak "Aisyah" dan mereka sangat mesra denganku. Mereka yang kukenal ialah Ustaz Aziz, Ustaz Wahab dan Aunty Hashimah. Disebabkan aku dikenali sebagai "anak bapak", ke mana papa pergi, pasti aku akan ikut. Oleh itu, tak hairanlah aku turut merasai pahit dan gentir papa berdakwah kepada orang ramai. Walaupun aku kini berusia tujuh belas tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, aku sanggup pulang ke Selangor untuk mengikuti papa berdakwah pada orang asli.


Pernah sekali, aku mengikuti papa ke perkampungan orang asli di Pos Tuel selepas bermalam di Pos Brocke. Untuk pengetahuan semua, Pos Tuel merupakan nama bagi perkampungan orang asli. Setiap kampung ada nama tersendiri contohnya, Pos Brooke, Pos Lera dan Pos Kana. Untuk sampai ke Pos Tuel, kami terpaksa merentas bukit-bukit yang curam. Program dakwah ini disertai oleh 8 orang dengan menaiki 3 buah Pajero. Semestinya Pajero papa yang berada di barisan paling hadapan. Sekiranya berhadapan dengan bukit curam, papa pasti boleh melepasinya kerana papa memang suka 'tekan minyak' Pajero.


Apabila tiba waktu solat, kami tidak mempunyai sumber air untuk berwudhu'. Mana tidaknya, di sekeliling kami semuanya hutan banat, daun kering ada lah! Oleh itu kami bertayamum. Ketika hendak solat, aku terlupa untuk membawa kain telekung dari rumah. "Ya Allah, macam mana aku nak solah ni?" bisik hatiku. Kemudian aku bertanya kepada Ustaz Wahab tentang bagaimana aku hendak solat dalam keadaan begini. Ustaz Wahab menjawab, "Kamu solatlah dalam keadaan yang kamu mampu, sesungguhnya kita dalam keadaan darurat." Jadi, buat pertama kalinya aku dalam keadaan tidak bertelekung kerana stokingku basah terkena lumpur. Bila nak solat, kiblat pula tidak tahu di mana !!! Macam mana nak solat? bila papa and the gang berijtihad, kami pun bersolat berjemaah mengikut arah kiblat yang kami yakin. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan kami.


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Pos Tuel pada pukul 4 pagi. Sepangjang perjalanan, aku tidak tidur kerana adikku asyik mengigau hendak makan aiskrim. Setelah tiba, barulah aku dapat melelapkan mata. Kami semua tidur di sebuah surau usang di Pos Tuel. Pada keesokan harinya, seperti biasa kami solat subuh berjemaah. Kemudian, papa mengadakan sesi tazkirah bersama semua ahli ekspedisi iaitu aku, adikku, kawan-kawan papa dan anak buah kawan papa. Tepat pukul 8 pagi, kami memulakan aktiviti.


Aku diamanahkan oleh papa untuk mengajar remaja orang asli untuk mengambil wudhu' dan bersolat. Aku hanya mengajar mereka sekali sahaja tentang berwudhu' dan mereka mampu berwudhu' dengan sempurna. Kemudian aku ingin bersolat bersama mereka. Disebabkan solat berjemaah tersebut hanyalah praktikal, maka aku membaca semua bacaan dalam solat dengan suara yang sederhana dan mereka semua mengikut bacaanku. Ketika sedang rukuk pada rakaat kedua, ada seorang budak ini, dia menjerit dengan kuat, "Kak Syah, saya senak perut!" kemudian, diapun hilang entah ke mana.


Terdapat 2 orang lelaki yang bernama Ikwan dan Amirol. Mereka merupakan anak saudara Uncle Aziz dan kedua-duanya sangat kacak terutamanya Amirol yang mempunyai wajah sekacak Syamsul Yusof. Walaubagaimanapun mereka tidaklah sekacak adik-adikku dan papaku. Tanpa kudiga, Amirol menyuruh adikku memberitahu aku yang dia ingin berkenalan denganku/ berdating denganku di sebuah pondok bersebelahan dengan surau. Hatiku mualai resah kerana takut kalah dengan hasutan syaitan. Tiba-tiba aku terserempak dengannya. Serentak dengan itu, api kemarahan terus marak sehingga terpancul ayat-ayat ini, "Ko ingat romantik sangat ke nak buat date kat dalam kampung orang asli ni ha? Lagipun sapa yang teringin nak buat date dengan ko? Aku hanya akan buat date dengan lelaki yang dah sah jadi suami aku, itupun 10 tahun akan datang." Wajahnya terus bertukar kemerah-merahan dan terus berlalu dari situ.


Aku pergi ke sebuah air terjun yang berhampiran dengan rumah tok penghulu yang beru sahaja diislamkan oleh papa untuk membaca Al-Quran. Suasana pada ketika itu sangat sepi, hanya kedengaran deruan air terjun sahaja. Saat itu, hatiku berasa sangat tenang sehunggakan terkadang itu, aku berasa sangat kerdil berada di hadapannya. Kemudian kukucup Al-Quran itu penuh rasa cinta. "Assalamualaikum Aisyah", tegur seseorang dari belakangku. Apabila ku toleh, beru kutahu, suara itu adalah suara isteri tok penghulu. Mak cik-mak cik di perkampungan asli selesa dipanggil amek (makcik) dan pakcik-pakcik di panggil (abek). "Wa'alaikumussalam, amek kenapa datang jumpa saya ni, ada hal ke?" tanyaku. " Syah tolong ajar amek baca Al-Quran boleh?", tanya amek. "No problem, amek", jawabku.


Walaupun sebutan hurufnya tidak berapa lancar tapi sekurang-kurangnya dia boleh membaca Al-Fatihah dan 3 Qul dengan baik. Selesai sudah, kemudian dia bertanya kepadaku tentang Allah. Aku menerangkan tentang Allah sebagai pecipta sekalian alam semesta (apa yang aku belajar kat sekolah). Aku merujukkan soalanya kepada papa or Ustaz Wahab or Uncle Aziz. Mengenali amek membuatkan aku lebih dekat dengan Allah.


Tepat pukul 12 tengah hari, kami berkemas dan terus berangkat pulang. Perjalanan pulang kami tak sesukar perjalanan ketika hendak ke Pos Tuel. Cuma menuruni bukit sahaja. Aku buka tingkap kereta. Deruan angin menyapa wajahku sepanjang menuruni bukit-bukit tersebut. Nyamannya kurasakan.


Walaupun aku sudah meninggalkan Pos Tuel, tapi akku berharap agar ' geng para daie ' akan pergi lagi ke sana untuk memperkukuh syiar Islam, semestinya aku akan datang lagi ke sana kerana aku rindu sama amek.




p/s : cerita ni Imah ambil dari majalah sekolah. asalnya daripada Kak Asiah bersekolah di SMK Agama Sik. maaf dipinta jika ada kesilapan ejaan sepanjang cerita ini ditaip

Wanita dan Rama-rama

Assalamualaikum,




Cantikkan rama-rama tuu...
Hari ini imah nak ceritakan pasal Rama-Rama Dan Wanita..
Nak tahu apa kaitan Rama-Rama dan Wanita..
Ikutilah artikel di bawah ini untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan.


•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿

LihatLah rama-rama, ia cantik. ApabiLa pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum meLihat rama-rama. Ia mengindahkan aLam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
CubaLah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang meLekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu teLah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembaLi, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembaLi tidak tertarik padanya lagi. Harganya teLah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi niLainya cepat turun setiap kaLi ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikaLnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah teLah mula tercemar. BegituLah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabiLa corak-corak itu teLah pudar ia tidak dipeduLikan lagi. Harga rama-rama terLetak pada warna dan coraknya; harga wanita terLetak pada apakah tubuhnya masih tuLen tatkaLa dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memuLakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di daLam kepompong tiada siapa peduLikannya, maLah tatkaLa bergeLar ulat ia lebih dibenci.

SuLitnya untuk akhirnya bergeLar rama-rama. Terpaksa melaLui kitaran dan evoLusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adaLah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa berniLainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlaLu mabuk sebaLiknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebeLum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlaLu mudah menyerah sebab ingatLah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaLiknya anda adaLah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di daLam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. HidupLah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perLu dipertahankan. Hak anda ialah memeLihara kehormatan. SeLama mana anda memeLihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada martabat terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduLi kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehiLangan masa depan. Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau pengLihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adaLah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

MahaLkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiLiki semakin mahaL nilai anda di sisi leLaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiLiki tetapi tidak mahu setia apaLagi memeLihara dan meLindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meLeraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hiLang anda dibiarkan. JadiLah wanita anggun yang punya niLai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. NiLai anda bukan terLetak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiLiki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda kerana ALLAH. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhLas. SeLama mana anda beLum menemuinya anggapLah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

JadiLah rama-rama yang mengindahkan aLam, jadiLah wanita yang membanggakan semua orang.

•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿Ƹ̴Ӂ̴Ʒ✿•*¨`*•✿




Dah tahu maksudnya!!! Cubalah merenung sekejap dan muhasabahlah diri kita....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...