Assalamualaikum,
Betulkah apa yang Imah tuliskan di atas tuu...
Benarkah lelaki kacak atau tampan ataupun segak suka membaca...
Tidak dinafikan lelaki yang tidak berapa kacak juga suka membaca...
hmm kalau nak tahu benar atau tidak ikutilah artikel di bawah ini....Jalan yang selalunya lengang padanya hari cuti umum sememangnya sesak dan hiruk-pikuk jika kita tersadai di situ pada waktu puncak hari biasa. Itulah Jalan Tun Razak di ibu kota tercinta. Baru-baru ini saya terperangkap di situ dan pemanduan amat berengsot.
Kalau mengikut imaginasi sayayang agak luar biasa, mahi sahja saya menekan satu punat di 'papan pemuka' dan akan keluarlah sayap diudara menuju ke destinasi. Namun, itu hanyalah khayalan semata-mata. Yang nyata, saya berada di tengah-tengah kesesakan yang telah saya masuk ke dalam kereta dan memegang 'pengemudi roda'
Seperti kebanyakan kebetulan, hari itu saya 'terserempak' lagi dengan kebetulan yang menggambarkan destinasi yang dituju. Dalam kesesakan itu, saya sempat menoleh kiri dan kanan kereta. Kelihatan ramai pemandu yang sedang membaca.
Setelah bersabar dalam kebosanan, akhirnya saya berjaya memarkir di tempat parkir Perpustakaan Negara. Agak lama saya tidak ke situ. Kelihatan begitu kemas dan teratur. Begitu juga seperti pemandu di kiri dan kanan saya tadi, banyak lelaki kacak yang berada di perpusatakaan itu.
Bercerita tentang perpustakaan dan membaca ini, teringat saya akan pengalaman ketika berada di British Council of Cairo. Seorang anak murid saya yang berbangsa Perancis yang bernama Gilles mahir bertutur dalam bahasa melayuu. Katanya, dia belajar bertutur melalui rakannya semasa belajar di Swansea tetapi tidak pula belajar menulis.
Selepas 6 bulan saya mengajar Gilles bahasa melayu (penulisan), Gilles dapat menguasainya dengan mudah dan menjadi salah seorang pelajar terbaik saya. Ini kerana Gilles seorang yang amat rajin membaca dan juga seorang yang kacak.
Berbalik kepada cerita asal, setelah selesai tugasan di situ, saya keluar dan menjamu selera di gerai mamak. Untuk 'mengasah bakat' mamak, saya meminta :' Grinded-panbread satu.' 'Roti canai satu aaa...okey!' Mamak jawab begitu menandakan dia 'baca punya olang' dan dia kacak.
Simboliknya ;
" Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang ditanya tentang ilmu yang diketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang daripada api neraka pada hari kiamat.' (Riwayat Abu Daud)"
p/s : cerita ini imah ambil dari majalah solusi tapi telah diringkaskan kerana terlalu panjang. jika ada kesilapan ejaan, ayat ataupun tatabahasa harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment