Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Wednesday, 14 December 2011

Rindu sama amek !!!

Assalamualaikum,
 
Hmm hari ini Imah tulis sedikit cerita yang Imah ambil dari Majalah Sekolah Imah...

Cerita asalnya daripada Kak Asiah... (sorry ye Kak Asiah Imah ambil yer)

Nak tahu ceritanya pasal ape??? Ikutilah cerita di bawah ini.



Bila sebut sahaja perkampungan orang asli, pasti ramai antara kita yang membayangkan suasana hutan, orang asli yang berambut kerinting lagi berhingus dan bermacam-macam lagi. Aku mula memasuki perkampungan orang asli ketika umurku tujuh tahun untuk mengikuti papa berdakwah bersama-sama rakan-rakanya berdakwah yang memang sentiasa memasuki perkampungan ini. Kawan-kawan papaku memanggilku dengan gelarak "Aisyah" dan mereka sangat mesra denganku. Mereka yang kukenal ialah Ustaz Aziz, Ustaz Wahab dan Aunty Hashimah. Disebabkan aku dikenali sebagai "anak bapak", ke mana papa pergi, pasti aku akan ikut. Oleh itu, tak hairanlah aku turut merasai pahit dan gentir papa berdakwah kepada orang ramai. Walaupun aku kini berusia tujuh belas tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, aku sanggup pulang ke Selangor untuk mengikuti papa berdakwah pada orang asli.


Pernah sekali, aku mengikuti papa ke perkampungan orang asli di Pos Tuel selepas bermalam di Pos Brocke. Untuk pengetahuan semua, Pos Tuel merupakan nama bagi perkampungan orang asli. Setiap kampung ada nama tersendiri contohnya, Pos Brooke, Pos Lera dan Pos Kana. Untuk sampai ke Pos Tuel, kami terpaksa merentas bukit-bukit yang curam. Program dakwah ini disertai oleh 8 orang dengan menaiki 3 buah Pajero. Semestinya Pajero papa yang berada di barisan paling hadapan. Sekiranya berhadapan dengan bukit curam, papa pasti boleh melepasinya kerana papa memang suka 'tekan minyak' Pajero.


Apabila tiba waktu solat, kami tidak mempunyai sumber air untuk berwudhu'. Mana tidaknya, di sekeliling kami semuanya hutan banat, daun kering ada lah! Oleh itu kami bertayamum. Ketika hendak solat, aku terlupa untuk membawa kain telekung dari rumah. "Ya Allah, macam mana aku nak solah ni?" bisik hatiku. Kemudian aku bertanya kepada Ustaz Wahab tentang bagaimana aku hendak solat dalam keadaan begini. Ustaz Wahab menjawab, "Kamu solatlah dalam keadaan yang kamu mampu, sesungguhnya kita dalam keadaan darurat." Jadi, buat pertama kalinya aku dalam keadaan tidak bertelekung kerana stokingku basah terkena lumpur. Bila nak solat, kiblat pula tidak tahu di mana !!! Macam mana nak solat? bila papa and the gang berijtihad, kami pun bersolat berjemaah mengikut arah kiblat yang kami yakin. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan kami.


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Pos Tuel pada pukul 4 pagi. Sepangjang perjalanan, aku tidak tidur kerana adikku asyik mengigau hendak makan aiskrim. Setelah tiba, barulah aku dapat melelapkan mata. Kami semua tidur di sebuah surau usang di Pos Tuel. Pada keesokan harinya, seperti biasa kami solat subuh berjemaah. Kemudian, papa mengadakan sesi tazkirah bersama semua ahli ekspedisi iaitu aku, adikku, kawan-kawan papa dan anak buah kawan papa. Tepat pukul 8 pagi, kami memulakan aktiviti.


Aku diamanahkan oleh papa untuk mengajar remaja orang asli untuk mengambil wudhu' dan bersolat. Aku hanya mengajar mereka sekali sahaja tentang berwudhu' dan mereka mampu berwudhu' dengan sempurna. Kemudian aku ingin bersolat bersama mereka. Disebabkan solat berjemaah tersebut hanyalah praktikal, maka aku membaca semua bacaan dalam solat dengan suara yang sederhana dan mereka semua mengikut bacaanku. Ketika sedang rukuk pada rakaat kedua, ada seorang budak ini, dia menjerit dengan kuat, "Kak Syah, saya senak perut!" kemudian, diapun hilang entah ke mana.


Terdapat 2 orang lelaki yang bernama Ikwan dan Amirol. Mereka merupakan anak saudara Uncle Aziz dan kedua-duanya sangat kacak terutamanya Amirol yang mempunyai wajah sekacak Syamsul Yusof. Walaubagaimanapun mereka tidaklah sekacak adik-adikku dan papaku. Tanpa kudiga, Amirol menyuruh adikku memberitahu aku yang dia ingin berkenalan denganku/ berdating denganku di sebuah pondok bersebelahan dengan surau. Hatiku mualai resah kerana takut kalah dengan hasutan syaitan. Tiba-tiba aku terserempak dengannya. Serentak dengan itu, api kemarahan terus marak sehingga terpancul ayat-ayat ini, "Ko ingat romantik sangat ke nak buat date kat dalam kampung orang asli ni ha? Lagipun sapa yang teringin nak buat date dengan ko? Aku hanya akan buat date dengan lelaki yang dah sah jadi suami aku, itupun 10 tahun akan datang." Wajahnya terus bertukar kemerah-merahan dan terus berlalu dari situ.


Aku pergi ke sebuah air terjun yang berhampiran dengan rumah tok penghulu yang beru sahaja diislamkan oleh papa untuk membaca Al-Quran. Suasana pada ketika itu sangat sepi, hanya kedengaran deruan air terjun sahaja. Saat itu, hatiku berasa sangat tenang sehunggakan terkadang itu, aku berasa sangat kerdil berada di hadapannya. Kemudian kukucup Al-Quran itu penuh rasa cinta. "Assalamualaikum Aisyah", tegur seseorang dari belakangku. Apabila ku toleh, beru kutahu, suara itu adalah suara isteri tok penghulu. Mak cik-mak cik di perkampungan asli selesa dipanggil amek (makcik) dan pakcik-pakcik di panggil (abek). "Wa'alaikumussalam, amek kenapa datang jumpa saya ni, ada hal ke?" tanyaku. " Syah tolong ajar amek baca Al-Quran boleh?", tanya amek. "No problem, amek", jawabku.


Walaupun sebutan hurufnya tidak berapa lancar tapi sekurang-kurangnya dia boleh membaca Al-Fatihah dan 3 Qul dengan baik. Selesai sudah, kemudian dia bertanya kepadaku tentang Allah. Aku menerangkan tentang Allah sebagai pecipta sekalian alam semesta (apa yang aku belajar kat sekolah). Aku merujukkan soalanya kepada papa or Ustaz Wahab or Uncle Aziz. Mengenali amek membuatkan aku lebih dekat dengan Allah.


Tepat pukul 12 tengah hari, kami berkemas dan terus berangkat pulang. Perjalanan pulang kami tak sesukar perjalanan ketika hendak ke Pos Tuel. Cuma menuruni bukit sahaja. Aku buka tingkap kereta. Deruan angin menyapa wajahku sepanjang menuruni bukit-bukit tersebut. Nyamannya kurasakan.


Walaupun aku sudah meninggalkan Pos Tuel, tapi akku berharap agar ' geng para daie ' akan pergi lagi ke sana untuk memperkukuh syiar Islam, semestinya aku akan datang lagi ke sana kerana aku rindu sama amek.




p/s : cerita ni Imah ambil dari majalah sekolah. asalnya daripada Kak Asiah bersekolah di SMK Agama Sik. maaf dipinta jika ada kesilapan ejaan sepanjang cerita ini ditaip

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...