Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Wednesday 29 April 2015

SMKAS in memory forever

Assalamualaikum uolls... 
Selamat pagi/ petang/ malam/ tengah hari/ tengah malam/ tengah pagi/ tengah petang
 (ikut time ampa baca post ni laa XD)

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana limpa nikmat kurnianya kita masih bernafas hari ini.

Hari ini Imah nak throwback sikit boleh tak? boleh kaann hee ..

Nak story2 sikit pasal kehidupan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik atau lebih dikenali dengan SMKAS. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun menginap dan belajar di SMKAS ni Imah tak de laa buat salah laku disiplin yang besar.. sikit2 tuu adalah hee biasalaa remaja yang nak membesar.

Tapi, di situlah Imah kenal erti persahabatan dan keluarga.. kami tinggal di keluarga yang sangat besar dan mempunyai banyak pemimpin yang boleh memimpin kami ke arah jalan yang benar. Terima kasih pemimpin-pemimpin semua especially warden-warden yang sentiasa sakit kepala melayan karenah budak-budak tak berapa nak mantang ni. huhu~~

Mengenai manusia-manusia dalam SMKAS ni konfem ada pelbagai ragam dan kerenah. Biasalah lain orang lain ragamnya.. hee hanya budak2 asrama yang mengerti.. nak tau sebab apa? sebab kat asrama kita kenal orang itu luar dan dalam .. hee maksud Imah kita kenal hati budi orang itu bukan sahaja pada penampilannya.. Bak kata orang putih kan "don't judge a book by its cover"...  yelaa tak semestinya penampilan dia grand, hati budi dia pun grand kan..

Okay, nak tau Imah kelas apa dari form 1 sampai form 5? Nak tau baca tak mau sila tengok entri lain hee.. Waktu form 1 time tu tahun 2010 haa Imah kelas 1DN atau 1 Darul Naim.. hee lebih kurang kan dengan nama Imah. takdir ~ ni kelas pertama tau.. hee actually cikgu main letak jaa time ni ye laa tak de exam lagi kan.. baru form one.

Kemudian, pada tahun 2011 yakni time Imah form 2 Imah kelas 2 Darul Salam atau 2DS. ni kelas nombor dua yalaa turun kelas nak buat macam mana.. time form 3 pun Imah turun kelas actually, kelas 3DJ yakni 3 Darul Jalal.. hee nasib2. 3DJ ni kelas nombor 3 iaitu kelas tengah tak pandai sangat tak la kurang sangat.. hee kira kelas pertengahan laa .. Keputusan PMR? Alhamdulillah baik .. hee

Time form 2 (2011) ambik duit RM100 *last year 2011

Time form 3 (2012) kem irsyad bahasa arab peringkat sekolah di bendang man resort

Okay, dah cerita pasal lower form now nak cita pasal upper form pulak. Time form 4 yakni tahun 2013 Imah kelas 4 Ibnu Khaldun .. ni kelas pertama laa bagi upper form dan ini aliran sains + agama.. Actually, nasib jaa dapat dok kelas ni.. Imah bukannya pandai sangat pun -_-. Dalam kelas ini ada 20 orang perempuan kod *actually i'm already forgot berapa orang dan 3 orang lelaki . Nampak dak kat sini ? Tanda akhir zaman... Walaubagaimanapun, 3 orang lelaki bagaikan berpuluh-puluh lelaki dalam kelas ni. *bising laa cangak gi haa keluaq dah bahasa kedah ceq .. Pada tahun lepas yakni 2014 Imah macam biasa turun kelas ke 5 Ibnu Rushd. Actually ni kelas kedua.. heee kalau buat graf cantik oo Imah turun satu-satu anak tangga ..ni pun kelas aliran sains + agama.. Dalam kelas ni ada 20 orang perempuan dan 6 orang lelaki.. hee up sikit golongan adam.
Puteri-puteri kelas 4Ibnu Khaldun 2013 actually tak semua ni


3 orang lelaki dalam kelas 4 IK (2013) *time jamuan akhir tahun

Putri2 cantik dari kayangan 5 Ibnu Rushd (2014) *raya time

All putri form 5 (2014) in SMKAS

Gambar putera 5 IR tak de laa.. cari punya cari tak de dalam pendrive tapi dalam fon ada laa tapi diri ini terasa malas nak membluetooth gambar2 tersebut.
Okay that's all for today, thank you...



Monday 20 April 2015

Kolej Mara Kulim

Assalamualaikum dan selamat pagi/tengah hari/petang/malam/ uollss... 
*ikut time hampa online laa XD*

amik kat google images XD


Sepertimana yang Imah habaq atau bagitau dalam post sebelum ni Imah nak update sikit pasal Kolej Mara Kulim ni atau lebih dikenali dengan nama singkatannya KMKU 

Actually, KMKU ni bekas tapak MRSM Kulim dulu.. kiranya dah lama laa bangunan KMKU ni .. Tak caya? nak Imah copy paste dari dalam laman web KMKU



Kolej MARA Kulim mula beroperasi sebagai Maktab Rendah Sains Mara Kulim pada 1 Mac 1977, mengendalikan program Pendidikan Menengah dengan pengambilan seramai 149 orang pelajar tingkatan 1.

MRSM Kulim diberi kepercayaan mengendalikan program untuk pelajar pintar cerdas buat kali pertama dalam sistem MRSM. Program ini dikenali sebagai Program Khas Penuntut (PKP) telah berlangsung dari tahun 1988 hingga 1991 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi pengajian 1988-1989 dan 1990-1991. Ia dipindahkan ke MRSM Taiping selepas program PKP mencapai 100% gred 1 dalam SPM tahun 1989 dan 1991.

Kemudian MRSM Kulim dinaiktaraf menjadi sebuah pusat matrikulasi sepenuhnya. Program matrikulasi yang pernah dijalankan:


  1. Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (1983 - 1999)
  2. Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1985 - 1992)
  3. Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (1985 - 1995)
  4. Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (1988 - 1999)
  5. Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah (1995 - 1999)
  6. Kursus Persediaan Universiti Teknologi Malaysia (1995 - 2004)
  7. Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia [MKPM] (1999 - sekarang)
  8. Kursus Persediaan UniKL [FiST UniKL] (2004 - 2010)
  9. Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan [PPKS UMK] (2011)


MRSM Kulim telah ditukar nama kepada Kolej MARA Kulim pada Februari 1994. Kini Kolej MARA Kulim menjalankan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) dan Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PPKS UMK).





Banyak kan program dalam KMKU ni XD .. Tobat ampa akan kata "alaa tak best laa banggunan lama :(" Alaa ni baru sejarah makcik2 oii.. now i want to tell about benefits when we study here =) 




  • Elaun (RM100 sebulan)
  • Kemudahan dewan makan yang menyediakan menu 6 kali sehari secara percuma
  • WiFi
  • Kemudahan Pusat Sumber
  • Bilik kuliah dan tutorial yang kondusif
  • Kemudahan koperasi
  • Penginapan disediakan percuma
  • Menyediakan khidmat kawalan sekuriti
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman
  • Kemudahan kafetaria dan cybercafe (bukak sampai malam)
  • Kemudahan dobi (laundry)
  • Berhampiran dengan Masjid Air Merah (5minit)
  • Berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Giant, Tesco dan The Store (10 minit dari kolej)





Haa.. banyak tak keistimewaan?? hee dah makan free tuu .. elaun pun dapat. boleh buat simpan sikit untuk degree insyaAllah.. XD bersyukurlah.. kalau bosan nak makan kat dewan makan atau dewan selera boleh jaa makan dekat kafeteria tuu.. just kena keluarkan duit anda laa hee XD

OKay that's all for today.. Semua ni bukan pengalaman Imah nahh ni cuma based on my researh laa about KMKU jaa.. InsyaAllah ada jodoh Imah akan cerita pengalaman Imah pulak ^^ 

Sekian, wasalam...



Monday 13 April 2015

Matrikulasi =)


Assalamualaikum..
Ladies and gentleman
Boys and girls XD




Kelmarin kecoh dengan batch 97 pasal pengumuman Kolej Matrikulasi.. ye laa dah hampir 4 bulan tanam anggur so hati tu dah berkorbar-korbar nak sambung belajar laa kan.. First of all, Imah nak cita sikit pasal matriks ni.. Actually, matriks ni ada 3 aliran iaitu aliran sains, aliran akaun dan aliran teknikal.. Aliran akaun dan teknikal Imah tak tau sangat hee.. because I just make research for science stream only haha.. For aliran sains ni ada 3 modul .. time sekarang laa pada masa akan datang aku tak tau laa haha

MODUL 1

  • biology
  • chemistry
  • physics
  • mathematics
MODUL 2
  • physics
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer
MODUL 3
  • biology
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer

Haa math di matriks ni macam addmath kat sekolah taw.. bukan math mode ya.. hee So sebelum Imah melalut lebih panjang, Imah nak ucap tahniah laaa kepada sesiapa yang dapat .. sebab hampa terpilih nak sambung belajar di situ.. Actually yang mana dapat tawaran tu jangan terus menolak sebab kadang-kadang benda yang kita menolak itulah sebenarnya rezeki kita.. kan dah rugi uolls... Jangan lupa istikharah dulu jangan terlebih excited pulak.. hee

Actually, Alhamdulillah Imah pun dapat matriks tapi Imah dapat di Kolej Mara Kulim. Mula2 terkilan la jugak sebab Imah nak kat Kolej Matrikulasi Perak but i know Allah is the best planner.. hee Bersyukur laa.. Jangan mengada-ngada sangat,.. hee

Dari google image XD

Disebabkan terkilan tadi, Imah pun terus buat research pasal matriks di Kolej Mara Kulim ni.. hehe And, now i know benefits it.. Betul lah perancangan Allah itu lebih baik.. hehe alhamdulillah..  InsyaAllah Imah akan story2 dalam ni pasal KM Kulim ni *based on my research laa* hee

okay sekian, wasalam :)

Tuesday 7 April 2015

Kawan , Sahabat , Selamanya



Assalamualaikum uolls...

Sejujurnya dari lubuk hati limpa Imah zaman sekolah yang paalingg best ! Seriously!!!!! Sebab time tuu laa Imah nak 3suku 4suku 6suku dengan kawan-kawan.. Tak caya? Cer tanya akak2 abang2 mak2 ayah2 .. heee This poem for uolls especially for my special friend =)



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Tegurlah aku jika aku mulai sombong
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh
Tegurlah aku jika aku mulai salah
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu..
Hari ini esok dan selamanya


Thank you / Syukran / Terima kasih uolls ^^ for spending time to read it :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...