Assalamualaikum dan selamat pagi/tengah hari/petang/malam/ uollss...
*ikut time hampa online laa XD*
amik kat google images XD |
Sepertimana yang Imah habaq atau bagitau dalam post sebelum ni Imah nak update sikit pasal Kolej Mara Kulim ni atau lebih dikenali dengan nama singkatannya KMKU
Actually, KMKU ni bekas tapak MRSM Kulim dulu.. kiranya dah lama laa bangunan KMKU ni .. Tak caya? nak Imah copy paste dari dalam laman web KMKU
Kolej MARA Kulim mula beroperasi sebagai Maktab
Rendah Sains Mara Kulim pada 1 Mac 1977, mengendalikan program
Pendidikan Menengah dengan pengambilan seramai 149 orang pelajar
tingkatan 1.
MRSM Kulim diberi kepercayaan mengendalikan program
untuk pelajar pintar cerdas buat kali pertama dalam sistem MRSM. Program
ini dikenali sebagai Program Khas Penuntut (PKP) telah berlangsung dari
tahun 1988 hingga 1991 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi
pengajian 1988-1989 dan 1990-1991. Ia dipindahkan ke MRSM Taiping
selepas program PKP mencapai 100% gred 1 dalam SPM tahun 1989 dan 1991.
Kemudian MRSM Kulim dinaiktaraf menjadi sebuah pusat matrikulasi sepenuhnya. Program matrikulasi yang pernah dijalankan:
- Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (1983 - 1999)
- Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1985 - 1992)
- Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (1985 - 1995)
- Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (1988 - 1999)
- Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah (1995 - 1999)
- Kursus Persediaan Universiti Teknologi Malaysia (1995 - 2004)
- Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia [MKPM] (1999 - sekarang)
- Kursus Persediaan UniKL [FiST UniKL] (2004 - 2010)
- Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan [PPKS UMK] (2011)
MRSM Kulim telah ditukar nama kepada Kolej MARA Kulim
pada Februari 1994. Kini Kolej MARA Kulim menjalankan Program
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) dan Program Persediaan
Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PPKS UMK).
Banyak kan program dalam KMKU ni XD .. Tobat ampa akan kata "alaa tak best laa banggunan lama :(" Alaa ni baru sejarah makcik2 oii.. now i want to tell about benefits when we study here =)
- Elaun (RM100 sebulan)
- Kemudahan dewan makan yang menyediakan menu 6 kali sehari secara percuma
- WiFi
- Kemudahan Pusat Sumber
- Bilik kuliah dan tutorial yang kondusif
- Kemudahan koperasi
- Penginapan disediakan percuma
- Menyediakan khidmat kawalan sekuriti
- Tenaga pengajar yang berpengalaman
- Kemudahan kafetaria dan cybercafe (bukak sampai malam)
- Kemudahan dobi (laundry)
- Berhampiran dengan Masjid Air Merah (5minit)
- Berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Giant, Tesco dan The Store (10 minit dari kolej)
Haa.. banyak tak keistimewaan?? hee dah makan free tuu .. elaun pun dapat. boleh buat simpan sikit untuk degree insyaAllah.. XD bersyukurlah.. kalau bosan nak makan kat dewan makan atau dewan selera boleh jaa makan dekat kafeteria tuu.. just kena keluarkan duit anda laa hee XD
OKay that's all for today.. Semua ni bukan pengalaman Imah nahh ni cuma based on my researh laa about KMKU jaa.. InsyaAllah ada jodoh Imah akan cerita pengalaman Imah pulak ^^
Sekian, wasalam...
p/s: rujukan dari sini http://www.kmkulim.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=58
No comments:
Post a Comment