Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Wednesday, 14 December 2011

Mimpi seekor nyamuk...

Assalamualaikum,
Hari ini imah nak kongsi sedikit cerita yang dipetik dari majalah Solusi isu 38. Hmm nak tahu best ke tak cerita ini marilah baca. Kisah tentang seekor nyamuk yang selalu mengalami mimpi dan diceritakan kepada seekor belalang.














Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya seekor belalang hijau :" Aku bermimpi semalam."
"Kau mimpi apa?"
"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."
"Wah, tu mimpi yang hebat!"
"Ya dan aku sangat gembira." Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis.

Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. "Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk."
"Hah, hah, hah! Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."
Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.

Hari berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk : "Engkau mimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ni!"
Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

Pengajara yang boleh diteladani dari cerita di atas ialah, ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah malakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehungga barangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan dengan campuran dua ramuan; khauf (takut) dan raja' (harap)

p/s : sekiranya terdapat kesilapan mengeja harap dimaafkan kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan. semoga cerita ini boleh memberi kita pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...