Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Saturday 21 February 2015

Cara kira markah merit bagi lepasan SPM :)

Assalamulaikum dan haii uolls...

Hari ni.. imah nak story2 kat uolls pasal cara nak kira markah merit.. Actually,  merit ni perlu sebab kita boleh tengok kelayakan kita ke IPT.. So, tak lah uolls tertanya2 kan sebab pa uolls tak dapat IPT.. Hal ni sebab ada beberapa kes yang telah dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperolehi 3 calon (contoh kes sebenar)

 

(from pakcik google)



 


Haa sebelum tu imah nak story2 pasal kaedah pengiraan markah merit.. 
Dasar markah merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%) .. So,tak de laa uolls tertanya2 apa kegunaan markah koko kann.. bagi yang mana tak taw nak check kat mana uolls boleh check di apps5.moe.gov.my/emkoko/..However, kalau uolls dapat sikit jaa markah koko tak efek pun kat markah merit.. kan akademik lebih tinggi dari markah koko kann.. so chill :)

Beside that, markah Akademik ni berdasarkan 8 mata pelajaran iaitu 5 mata pelajaran utama dan 3 mata pelajaran terbaik.. 

Permohonan pula terbahagi kepada dua iaitu aliran sains dan sastera.. So, dasar pengambilan ini merangkumi penentuan aliran :)
  1. Aliran Sains – Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
  2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain.
Okay.. now uolls dah faham kan serba-serbi kan.. :) Now, imah nak bagi nilai gred setiap matapelajaran pula


Sumber pakcik google :)


Orayt.. now, i want to tell to uolls how to calculate it.. Firstly, uolls MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utama tadi taw.. Second, uolls mesti mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain.. sebaik2nya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon :) 

Okay, now.. uolls dah taw kan matapelajaran yang kena kira tuu kan.. now, uolls fahamkan cara pengiraan ni taw..

sumber pakcik google :)


haa lupa pulak.. 5 mata pelajaran utama tadi tuu uolls kena tambah dulu taw baru darab dan bahagi.. sama jugak dengan 3 mata pelajaran utama tadi :)

Orayt.. now uolls dah dapat kan markah merit uolls.. so bolehlah kaji dan selidik kos mana yang uolls impikan :) semoga berjaya ^_^

p/s : Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi.. Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...