Hari ini Imah nak bincangkan mengenai riak pula... Riak adalah sifat mazmumah dalam Islam. Pada hakikatnya seseorang yang berperasan riak bertujuan adalah untuk menonjolkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialan syirik kecil." Lalu ditanyakan oleh sahabat, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Kemudian Baginda bersabda: "Iaitu riak."
Jom kita rawat hati;
1. Latihkan diri dengan menginsafi bawa riak itu boleh merosakkan amal kebaikan dan mnedapat azab Allah.
2. Latihkan diri dengan menyedari bahawa riak iru diketahui Allah tujuannya.
3. Latihkan diri dengan membenci perbuatan riak kerana ia adalah perbuatan syaitan.
4. Latihkan diri dengan bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
5. Latihkan diri dengan membersihkan hati dan jiwa dalam memperbanyakkan amal kebajikan.
6. Latihkan diri dengan mensyukuri atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T.
p/s : Semoga kita semua dapat menghindari perasaan riak yang dimurkai Allah ini.
No comments:
Post a Comment