Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Thursday, 1 March 2012

Menolak Tuah

Assalamualaikum,
Maaflah sebab dah lama Imah tak 'update' blog Imah ni.
Hari ini Imah nak cerita sikit sebuah cerita.

Sebaik selesai majlis konvokesyenm, Nizam dipanggil oleh ayahnya ke bilik bacaan. Nizam dapat mengagak sesuatu. Pasti ayahnya ingin memberikan kunci kereta sebagaimana yang dijanjikan.

Tambahan pula, ayahnya seorang jutawan terkemuka yang mampu membeli apa-apa jua yang dihajatinya. Hatinya berbunga-bunga.

"Tahniah, anak ayah sudah mendapat segulung ijazah," kata ayahnya sambil menghulurkan senaskhah al-Quran.

"Al-Quran? Bukankah ayah sudah berjanji akan hadiahkan Nizam kereta sport? Kalau setakat al-Quran, di bilik Nizam pun sudah ada," bantahnya.

Kecewa dengan sikap ayahnya, Nizam mengambil keputusan keluar dari rumah, membawa haluan sendiri.

Lima tahun berlalu. Nizam sudah mempunyai kerjaya yang stabil, isteri rupawan, seorang anak yang comel dan rumah kediaman mewah.

Suatu hari, Nizam dihubungi oleh seorang peguam. Rupa-rupanya ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan semua harta telah dituar milik kepada anak tunggalnya itu. Nizam kini mewarisi semua aset kekayaan ayahnya.

Rasa bersalah menjengah hatinya. Nizam mengambil keputusan untuk pulang. Sampai sahaja di vila ayahnya, Nizam terus menuju ke bilik bacaan di mana tempat terakhir dia bersama Allahyarham.

Al-Quran yang dihadiahkan oleh si ayah dahulu masih di atas meja. Nizam semakin sebak dan sayu. Dibeleknya al-Quran itu.

Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari celah lembaran al-Quran.

"Ya Allah!" Nizam terduduk. Digenggamnya erat kunci kereta sport hadiah ayahnya.

Pengajaran: Kita seringkali menolak rahmat dan keberkatan kerana ia tidak selalunya dipersembahkan dalam seindah-indah rupa. Benarlah, sesuatu yang manis itu kadangkala dibalut dengan kepahitan, sesuatu yang indah pula dibalut dengan kesusahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...