Assalamualaikum semua..
Kawan-kawan..
Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini
yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati
saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana,
saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin
Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini
dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz
tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam
balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web
kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan
tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak
berkongsi ilmu yang saya terima..
MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah
dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan
merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu
hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan
zina hati maka saya putuskan”
Seringkali saya mendengar kata-kata
seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang
melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau
kerja-kerja dakwah remaja.
Pada mulanya saya buat tak kisah atau
dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai
kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah
tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang,
baru nak up orang kata, pedulikanlah.
Tapi apabila ada pelajar di
peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip
sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah
pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak
faham-faham lagi, mustahillah”.
Tapi ternyata, sangkaan saya itu
meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke
laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya
terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami
apa yang diistilahkan sebagai zina hati.
MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ
اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ
لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ
الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ
ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046،
رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365،
رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ
الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا
النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ
الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا
وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ
وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian
zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata
itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan
berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith
riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud
(2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).
Dan
dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian
zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu
zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya
ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah,
dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau
mendustakannya)
Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu,
manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith
inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan
zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.
Tidak
dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam,
tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan
mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah
sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang
seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.
Apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada
seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina
hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina
hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana
kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal
buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah
kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu
menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang
teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً
Dalam
ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh
suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki
ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu
Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati
perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu
secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.
Syed
Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana
itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus
pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah
tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi
mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah
perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan
ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah
langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati
perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui
bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu
berjumpa dengan dia secara rahsia).
Justeru apa yang dapat difahamai
daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan
tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan
dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman
Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina
hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati
perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru,
yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat
untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang
dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan
zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut
Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya:
(dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua
perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke
arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu
disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku
atau tidak berlakunya zina).
Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya:
“Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia
menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”.
Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no
7060).
Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah
pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram
bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong
“zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan
itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah
semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina
lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu
juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun
merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta
boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah
mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai
memenuhi syahwat.
EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa
mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...:senyum:. Banyak kali dengar
kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai
makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka
mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi
ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman
segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada
lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam
Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.
Apakah
sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan
perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام
لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره
/ haram lighairihi?
Melihat perempuan itu haram sebab apa?
Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan
itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yang
diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang
menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan
semata-mata kerana pandangan biasa.
Suara perempuan itu haram
sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau
suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yang
diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara
manja mendodoi, suara-suara sopannya. Suara sebegitulah yang diharamkan
bukan semata-mata suara biasa.
Mengingati perempuan itu? Adakah
semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram
disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah
ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan
untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan
berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan
semata-mata ingatan biasa.
Itulah hal-hal yang dipanggil zina
kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada
menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.
SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?
Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya:
“Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia
menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”.
Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no
7060).
Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ
بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ
آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ
النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم
5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih
menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan
bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam.
Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu
mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau
mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim
(8/52, no 4801).
Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam???
Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya
kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu
Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain
daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan
baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar
Alamil kutub).
Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
وَلِلَّهِ
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ
أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى
(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......
Maksudnya:
Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas
mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas
mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar
dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha
Luas keampunannya…
Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
نَّ
رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر
ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ
اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى
لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟
قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).
Maksudnya:
Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu
Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat
((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam,
sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah
ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu
lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal
ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku).
Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).
Lelaki
tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan
bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut?
Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat
itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.
Thursday, 17 October 2013
Cinta Sejati dan Teman Sejati
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur, ketika kita menangis, ketika kita membayangkan, ketika kita berciuman?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT.
Kita semua agak aneh... dan hidup sendiri juga agak aneh...
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita.
Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.
Ada hal - hal yang tidak ingin kita lepaskan...
Orang - orang yang tidak ingin kita tinggalkan...
Tapi ingatlah... melepaskan BUKAN akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari, dan mereka yang telah mencuba.
Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
CINTA yang AGUNG adalah...
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia.
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata 'Aku turut berbahagia untukmu'
Apabila cinta tidak berhasil... BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI...
Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya...
Tapi, ketika cinta itu mati... kamu TIDAK perlu mati bersamanya...
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyadari bahwa penyesalan tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan - pilihan kehidupan yang telah kau buat.
TEMAN SEJATI...
Mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa'
Menunggu selamanya ketika kamu berkata 'Tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu berkata 'Tinggalkan aku sendiri'
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata 'Bolehkah saya masuk?'
MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan.
MEMAAFKAN...
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti.
MENGERTI...
BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan.
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu – sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.
Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang. BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar - benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.
Jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar - benar mencintai MELAINKAN... BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'.
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai DARIPADA orang yang berada di sekelilingmu.
Lebih baik menunggu orang yang tepat kerena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya dengan 'seseorang'.
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.
And now find U'r Love ... ... ...

Subscribe to:
Posts (Atom)