Assalamualaikum semua..
selamat pagi petang and malammmm ! ikut time ampa online laaa.. hee imah online tengah hari sekarang ni
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat oleh Allah S,W.T.. untuk menggalas tanggungjawab sebagai pendakwah di muka bumi yang fana ini. Baik hari ni imah nak type sikit pasal redha..
Baru-baru ni keluar result UPS ataupun lebih dikenali dengan result Ujian Penelaian Semester bagi student matriks. Alhamdulillah imah dapat result agak baik.. tak laa straight A tapi alhamdulillah. imah dah usaha Allah yang tentukan kan,, kalau tak dapat elok ingatlah Allah tak bagi sekarang tapi Dia simpan untuk masa depan kan...
ceq ambik kat google image ja ni XD |
Baik straight to the point :)
Apa itu redha? Redha ialah suatu sifar makrifah dan mahabbah kepada Allah.. ok Apa itu makrifah? Apa itu mahabbah? insyaAllah nanti imah terang pada entry yang akan datang ya ^^
OK .. Redha dari erti kata lain jugak ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah sama ada peraturan ataupun qada' ( ketentuan) ataupun nasib dari Allah.. tayyib,,
Apa itu Redha dengan hukum atau peraturan Allah ?
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :')
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
adalah merupakan manifestasi atau menjelaskan daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan
kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan
segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala
kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang
digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana
cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus
ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga
mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di
antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang
apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh
". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan
Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi
kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada
Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah
s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang
hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah
dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah
s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau
kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata
kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah
s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah
mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Sesungguhnya hati yang penuh redha itu adalah buah kepada iman dan hati yang tidak redha itu adalah gejala nifak.. yakni sifat orang yang munafik ..
Redha Dengan Qada' :)
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima
ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun
berupa musibah ( malapetaka ).
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila
memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah
kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak
menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib
daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud
:
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika
aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan
hendaklah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia
perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi
peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan
syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak
menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah
s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana
bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala
sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan
Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak
peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu
ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan
tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia
berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia
bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
Alhamdulillah setakat ni saja entry kali ini.. Actually konsep redha ni ada banyak bab lagi contoh redha dengan rezeki yang kita ada, redha dengan keluarga.. insyaAllah imah terang pada entry akan datang yea.. imah akhirkan entry kali ni dengan sepotong Kalamullah dari surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam
keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang
soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku". ( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30)
-rujukan dari http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm -