Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Thursday 10 January 2013

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamualaikum..

dah lama imah tak buka blog nie.. bukan apa.. cuma sejak akhir-akhir ni Imah malas nak bukak.. hehe.. PMR sudah lepas SPM sedang menunggu.. InsyaAllah tahun 2014 Imah akan digelar sebagai calon SPM.. hehe takut laa pulak bila mendengar perkataan SPM.. okay lah.. walaubagaimanapun imah tetap kena ambil SPM untuk berjaya dalam hidup nie.. dan untuk mencapai cita-cita imah.. okay lah.. imah nak cerita pasal nie laa pulak pasal apa tah.. ha.. pasal sebab2 doa tak dimakbulkan.. semoga jadi munasabah untuk diri kita semua ya..


10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

✔ Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan hak-hakNya.

✔ Telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya

✔ Telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

✔ Telah menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

✔ Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan embawamu ke Syurga.

✔ Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

✔ Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

✔ Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

✔ Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

✔ Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.




untuk perhatian: semua ni imah ambik dari facebook.. semoga bermanfaat untuk kita semua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...