When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..
Perpisahan. Clash. Break up. Putus.
Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?
Mungkin inilah perkataan yang sangat
menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan ini adalah satu
“musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah
sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita
merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.
Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Ada juga
diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang
tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan
pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.
Dan yang paling baik dan terpuji bagi
saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin
menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
Namun saya pasti, setiap terjadinya
“putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan,
kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis
perasaan ini even sedikit.
Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada
manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia
yang mahu kebahagiaannya hilang.
Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih – lebihan?
Apakah alasan utama yang kita untuk
terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih
ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
Kenangan? Kerana terlalu banyak saat
indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan
hidup kita hanya kepada kenangan.
Mungkin pada waktu lalu kita gembira
bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang
pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa
lalu.
Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui bahagia. untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.
Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk
melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi
meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
Takut untuk Memutuskan cinta.
Ini lagi satu masalah yang menghantui
kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang susah untuk
memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita
patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu
seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan
maksiat, tidak memberatkan agama.
Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.
Jangan teruskan hubungan dengan orang
yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia datang jumpa
ibu bapa, Jika dia betul – betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak
cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Memutuskan. Perkara sukar tetapi
sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti
seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka
putus sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana
dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada
menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,- penulisbuta
No comments:
Post a Comment