Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Wednesday 6 May 2015

Cara Membuka akaun CIMB / CIMBclick

Assalamualaikum uolls.. 
Hari ni Imah nak story2 sikit pasal cara-cara membuka akaun bank CIMB. Ya laa kebanyakan IPT di Malaysia ni suruh kita buka akaun CIMB kan.. actually anda perlu pilih nak CIMB konvensional atau islamik. Imah ambik islamik sebab bebas riba. yalaa kalau konvensional kan ada interest atau riba.. kan haram kalau makan riba. 
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (TQS al-Baqarah [2]: 275)

Jadi fikir-fikirkan laa.. nak yang mana bagi yang muslim. Tapi contoh kalau pihak IPT menghendaki akaun konvesional uolls buat laa dah nak buat macam mana kan.. tapi apabila dah habis belajar uolls kira laa anggaran interest/riba yang uolls dapat then, bila dah sure uolls boleh laa menyalurkan pada masyarakat umum... tak paham? uolls boleh ke blog hamba Allah ni http://memoirhati.blogspot.com/2010/04/cara-menggunakan-hasil-riba.html beliau ada menerangkan cara-cara untuk menguruskan masalah riba ini..=)
Baik, back to our topic.

CARA-CARA MEMBUKA AKAUN BANK CIMB

1. Mestilah pergi ke bank CIMB yang berdekatan ya ^^ kalau tak p macam mana nak bukak akaun maklong2 pakcik2 oii

2. Pergi ke kaunter yang pegawai bank tu .. cakap nak bukak akaun. pastu mereka akan mintak i/c untuk diskan kod dengan cap jari.

3. Kemudian mereka akan kasi number giliran. so, uolls tunggu laa number uolls dipanggil.

4. Lepas tu, uolls just follow apa yang pegawai bank tersebut. *pi bankin duit dalam akaun uolls tuu dan tukar password kad.

5. Then, siap !!!


CARA-CARA MEMBUKA DAFTAR CIMBCLICK

1. Uolls wajib ada akaun simpanan cimb kalau tak dak p buat dulu

2. Bukak laa laman web cimbclick https://www.cimbclicks.com.my/
3. Lepas tuu klik online registration. 

 STEP 3


4. .Dah klik? After that, uolls just click Register Now !
 
STEP 4


5. Then, masukkan nombor kad ATM/Debit , nombor pin kad ATM/Debit CIMB dan security phrase *yang ni reka sendiri
 

STEP 5


6. Sistem akan hantar kod 6 digit melalui sms. Haa nombor telefon uolls mestilah telah didaftar di kaunter CIMB tadi ya. *waktu mula2 buat akaun


STEP 6



7.  Selepas itu uolls mestilah reka "user id", "password" dan lain-lain seperti gambar di bawah. Tekan continue dan anda telah selesai sebahagian daripada proses pendaftaran.



STEP 7

done register.. *STEP 7



8.  Kemudian skrin yang dipaparkan meminta anda "login user id" dan "password" yang telah uolls reka tadi. "Submit" untuk teruskan. Pastikan "secureword" yang keluar adalah betul.


STEP 8



9.   Seterusnya skrin meminta uolls perlu pilih soalan-soalan rahsia untuk keselamatan uolls akan dipaparkan. Pilih soalan-soalan yang rasa selesa, yang penting wajib ingat jawapan yang ditulis disitu ya. *kalau tak keluar uolls boleh logout dan masuk sekali lagi sebab Imah jadi macam tuu masa mula2 buat 

 
STEP 9



10.   Akhir sekali, skrin yang keluar akan memaparkan akaun-akaun CIMB yang ada beserta maklumat akaun tersebut. Dengan itu, bermakna pendaftaran CIMB Clicks anda telah selesai dan berjaya. Boleh laa nak shopping online atau cek elaun dengan mudah ^^


finally complete ! *STEP 10


p/s: Selamat mencuba uollss..

2 comments:

  1. buat cimb clicks tu nampak gaya macam nak shopping on9 jaaa . huk2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...