Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Saturday 26 December 2015

Kita Semua Da'ie insyaAllah !!!




Assalamualaikum dan selamat pagi, petang, malam, tengah hari, tengah malam uolsss !!! ikut time ampa laa nohhh.. XD



Alhamdulillah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk menikmati kehidupan yang amatlah sementara ini ...



Hari ni imah nak letiaq sikit tak banyak sikit jaa nahh... XD nak cerita pasal da'ie..



First of all, apa tuu da'ie? Da'ie tuu apa weyy ? ok meyh ceq nak habaq da'ie ni bermaksud pendakwah.. Sedar atau tak kita semua da'ie dan kita semua ma'du.. jangan nak jadi da'ie jaa tapi ma'du tak mau.. ehh ma'du tuu apa pulak? ok ma'du tuu bermaksud orang yang didakwahkan...ok kalau ada da'ie tapi tak dak ma'du kepada siapa kita nak dakwahkan.. kaann..



baiklah .. untuk menjadi daie, kita perlukan perkara yang sangat penting: ILMU.

Yelaa semua perkara perlukan ilmu even kau nak makan atau tidur pun perlukan ilmu baru perkara yang kau buat boleh jadi ibadah kann... contohnyaa sebelum tidur baca almulk baca doa tidur semua tuu adab dan perlukan ilmu untuk mengetahuinya..






Hadith penuhnya adalah;



Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah m engenai Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.”



(Riwayat Bukhari)



"Hadith ini menyarankan kita untuk menyampaikan ilmu banyak atau sedikit, asalkan ia daripada al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Ilmu yang kita ada, asalkan pasti dan yakin akan kesahihannya bersama dalil daripada al-Quran dan Sunnah, maka menjadi kewajipan atas kita untuk menyampaikan kepada orang lain.


Bagaimanapun, ada juga syaratnya; iaitu ayat disampaikan itu baik al-Quran mahupun hadith hendaklah dipastikan benar bukan saja lafaznya tetapi juga tafsirannya. Tafsiran kepada ayat tersebut hendaklah dipastikan benar, bukan tafsiran mengikut hawa nafsu.

Adapun hadith lebih diambil berat kerana ia perlu pastikan kesahihannya di samping pemahamannya. Kerana itu Nabi Muhammad SAW turut menyebut selepas saranan “Sampaikan daripadaku walau satu ayat”, datang pula amaran; “Dan sesiapa berbohong atas ku dengan sengaja maka siaplah dia mengambil tempatnya di neraka”.

Maka sebelum menyampaikan sesuatu hadith, hendaklah dipastikan hadith disahihkan ulama hadith kerana mereka pakar dalam bidangnya."



So bila kita ada ilmu maka dapatlah kita menyampaikan dakwah kepada mereka .. Walaubagaimanapun ingat laa bahawa "kitalah da'ie kitalah ma'du" ok?


p/s: Semoga kita semua menjadi seorang dai'e yang beriman dan bertaqwa. inshaAllah.

Aminn.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...