Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Friday, 20 March 2015

Hat Yai (two days one night)


Assalammualaikum uolls.....
Syukur alhamdulillah kerana anugerah yang tidak terhingga dariNYA...memberi kita hari-hari yang sangat indah untuk kita nikmati disetiap saat dan masa =)
Ok..entry kali ni Imah nak share story or pengalaman Imah  bercuti ke Hatyai, Thailand 
  2hari 1 malam dengan mak, adik2 dan kawan2 mak..  [13.03.2015 - 14.03.2015]. Actually, Imah dan adik beradik ni tumpang lawatan cikgu2 sekolah mak ja.. haha :P

So, segala-galanya diuruskan oleh kawan mak iaitu Cikgu Che Su. Dari pengangkutan...sampailah ke hotel. Kami pi sana ada dua bas Imah naik bas satu penuh dengan 'geng' mak laa.. haha bas kedua penuh dengan 'geng2' pejabat..

Imah gelarkan..percutian kali ni..percutian gegurl in my family sebab yang ikut trip semua perempuan dalam family Imah yang laki2 semua kena tinggal haha... So, weolls memang tak tau laa apa dah jadi kat rumah haha tinggal boboys jaa haha nasib juz 2 hari jaa ..  apa-apa pun memang sangat terbaikkk...

Kelihatan tak laa banyak sangat kereta dan bas beratur utk masuk ke Thailand yang menanti pintu pagar emigration. Maybe dah petang dah time tu.. Selesai urusan passport or boarder pass di kedua2 pintu masuk utama... kami akhirnya dibawa ke masjid berdekatan di Danok untuk solat jamak asar dan zuhur..

Lepas tu terus kami p pasar terapung. Kreatif tau orang Thailand ni... Air kelapa diorang buh kat 'pasu' kod.. hee Adik punyalaa excited nak beli sebab bentuk 'pasu' tuu doraemon.. haha yaa laa Adik ni peminat tegar 'doraemon'  haha Haa kat Pasar terapung ni ada dua bahagian sebelah kanan bahagian makan tak halal kalau bahagian kiri makanan yang Halal.. hee jangan silap tauu.. :)

Lepas dah puas jalan2 kat pasar terapung.. Tobat arr perut dah nyayi lagu hindustan haha.. Kami pun pi isi perut kat Restoran Thai-Malay yang terletak di bandar HatYai.. their foods really look delicious and ver yummy for me.. haha  Tomyam sini memang sedap tak sama dengan yang air tangan malaysia yalaa Thailand kan asal usul tempatnya.. hee.. 

After we all have dinner, kami pun p laa check-in dalam hotel yang telah di-booking oleh cikgu.. Apabila kaki menjejak ke atas lantai dalam bilik kami apalagi terus terasa badan menjadi ringan.. haha lompat atas katil laa.. haha rehat rehat jugak tangungjawab sebagai Muslim jangan dilupakan.. sebelum melayari bahtera yang indah Imah menuanaikan solat jamak isyak dan magrib.. selesai saja solat Imah terus hilang dari alam kehidupan yang penuh cubaan.. haha terlebih sastera pulak :P.

Keesokan harinya kami pergi tengok gajah, pusat kilang kulit, pusat kilang kacang, yang paling Imah suka pi pantai putri duyung atau dikenali Samila Beach  .. Di pantai tuu terdapat Patung Legenda Golden Mermaid. Haha dah lama pasang angan-angan nak sampai sini nak tengok dengan mata kepala sendiri patung duyung.. Sebelum ni tengok kat gambar lama jaa (gambar mak dan ayah dan alang pi bercuti kat Thailand tahun 2002 tinggal Imah kat Malaysia ni huhu )

Selesai saja bergambar di pantai putri duyung tuu kami pun bertolak balik .. lewat jugak laa sebab waktu kami bertolak tu dah jam 7malam . Jadi, kami sampai emegresen dalam lingkungan jam 9.30 malam .. Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam lingkungan jam 12.30 tengah malam..=) sekian~


Lepas jaaa emigresen Malaysia .. tak banyak pun kereta


Masjid apa tak tau lupa hee

Ni bahagian makanan Halal


Gajah, here we come ! haha

Kedai yang menjual kacang sahaja !

Pantai putri duyung punyalaa ramai nak amik gambar kat duyung

Kedai jual pelbagai jenis kulit

Monday, 9 March 2015

About STPM???

Assalamualaikum and hai uollss..  
Tadi time Imah online Facebook atau lebih dikenali dengan FB Imah ada baca beberapa komen para senior mengenai ini.


Dari grup HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM





So.. uolls boleh lihat ada 69 komen mesti ada banyak pendapat dalam komen tuu contohnya seperti

"F6 nie kalau mls study, mmg x ke mana..akak dulu spm sc tulen tp stpm kemanusiaan. Kes dh berpatah arang dgn sains.. dr pdpt akak yg mgalaminya dan pglmn sekeliling, antara kelebihan akak dpt.
1. Tak sakit kepala fikir psl loan spt diploma
2. Zmn akak
pkai bj sek, jimat je rs. Now dh ble pakai formal, releks jgk.
3. Still tinggal dgn mak ayah
4. Dpt biasiswa
5. Cikgu btl2 fokus kpd kite
6. Cr pgajaran ala2 uni. Jd bile msk uni dh x cuak
7. Peluang kos degree di ipta lbh 100++ extra drp peluang kpd matriks. Byk pilihan ble dibuat.
8. Stpm boleh dimohon kerja smentara nk smbg ke degree. Tp lbh baik smbg terus.
9. Skrg dh ikut sistem semester, lg sng..

Ok, itu je.. ini just pdpt peribadi. Xde nak membandingkan secara tidak sihat." 








"No loan no loan no loan no loan no loan"




 
" STPM ni bagusnya sbb kamu bljr lebih dr pelajar matrikulasi n kamu balajar silibus utk pelajar tahun pertama program ijazah...so bila masuk degree nnt, 1st year tu umpama mcm kamu buat ulang kaji je balik...sbb benda2 tu semua kamu dh jumpa ms di F6...plus sijil STPM laku n di iktiraf kerajaan utk kerja...contoh if kamu apply guru ganti..untuk lepasan matrikulasi, gaji dia akan dibayar setaraf dgn pelajar lepasan SPM shj..tp lau STPM yg apply dibayar sedikit tinggi drpd SPM...sy amik contoh di 1 negeri ni...pembayaran gaji utk guru ganti:
SPM/matrikulasi/asasi=RM50/hari
STPM/Diploma=RM70/hari
Ijazah=RM100/hari

nmpk x perbezaan tu...wlpn STPM lama sikit tp dia diiktiraf"





 "Sbg bks plajr form 6...mri nk ckp exam stpm bknlaa pling ssh ddunia.. Ya stpm pling ssh ddunia tpi bgi aliran sc shjalaaa... Bkn sastera"




Orayt.. ni juz antara pendapat seniours mengenai STPM ni..Tak kira lah melalui pengalaman sendiri mahupun pengalaman kawan-kawan.. Hemm jangan pandang lekeh tau STPM ni.. STPM ni pun ada kelebihan tersendiri :)  Bagi pendapat Kaunselor Hijau pula begini :)


"kebanyakkan yang berikan pendapat mungkin berasaskan pengalaman peribadi yang mungkin tidak bertepatan kepada semua calon....

dalam hal2 tertentu STPM memang jauh lebih baik daripada pilihan lain seperti asasi/matrikulasi dll - jika program ijazah yan
g pelajar ingin pohon selepas itu hanya menerima lepasan STPM sahaja. dalam keadaan ini asasi/matrik dengan CGPA 4.00 pun tak laku.

begitu jugalah sebaliknya ada juga program yang tak ambil lepasan STPM tetapi ambil lepasan asasi/matrik..."


Jadi.. Kaunselor Hijau iaitu admin dalam grup HALATUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM telah membuat senarai kos-kos ijazah sarjana muda.. hemm imah nak cakap banyak imah pun tak berapa mahir mengenai ini so apa kata uolls juz bukak ja link dibawah ni..


"  Ramai yang bertanya yang manakah laluan yang lebih baik antara asasi/matrikulasi atau STPM atau STAM ataupun Diploma.

Panduan.
1. Pelajar kena letakkan sasaran tinggi - untuk ke ijazah sarjana muda
2. untuk ke ijazah sarjana muda ada beberapa pilihan laluan
- asasi/matrikulasi
- STPM
- STAM
- Diploma

3, Ada program ijazah yang hanya ambil pelajar STPM dan ada yang ambil dari asasi/matrikulasi dan ada yang tak ambil pelajar diploma pun.
4. Dokumen ini mengandungi senarai semua 885 program ijazah sarjana muda bagi setiap IPTA termasuk 71 program di USM yang mencatatkan laluan kemasukan ke program ijazah.
5. Gunakan untuk memastikan anda akan membuat pilihan yang tepat samada ke asasi/matrikulasi atau STPM; STAM atau pun diploma
Namun segalanya tertakluk kepada keputusan SPM yang akan dicapai nanti - tetapi sekurang-kurangnya anda tahu halatuju anda selepas SPM  

https://attachment.fbsbx.com/file_download.php?id=394518467370230&eid=AStBwuyqK6kBtnatXU6orecQFhRci-nzmpZnbghdnTIAJb8AN0d5Zjq3pdvLVPZZ4Lo&inline=1&ext=1425966510&hash=ASuh2i3yYNnAiCzk"

atau boleh lihat di link ni  tapi sebelum tu kena login facebook laa :)
 
https://www.facebook.com/groups/halatuju/906703979370605/


Now uolls dah faham kan apa yang Imah cuba nak sampaikan .. Jadi Imah nak ucapkan Goodluck pada uolls haa jangan lupa istikharah bagi muslim agar mendapat petunjuk dari Maha Esa :) haa.. jangan lupa check keputusan STPM kalau tak silap 15 April 2015 atau lebih kurang laa hihi ^^ sekian ...



Tarikh penting UPU 2015/2016

UPU

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2014


Assalamualaikum uoall.. hari ni imah nak gitaw sesuatu yang important bagi setiap diri pelajar lepasan SPM atau STPM.. memandangkan imah jugak menggalas gelaran lepasan SPM 2014.  Now imah nak mengingatkan kepada uolls yang terlibat akan tarikh penting upu.. Bukan apa just harap uolls tak lalai daripada mengingat tarikh-tarikh penting ni :)

Tarikh-tarikh penting UPU 2015/2016

Jualan Unik ID BSN Dibuka - Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015




Sistem Permohonan UPU Dibuka - Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang


Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 - Minggu pertama Mac 2015


Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 - Minggu pertama Mei 2015


Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf - 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 - Minggu ke-2 Mei 2015


Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)


Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi - 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Minggu ke-2 Jun 2015


Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 - 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 - 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Minggu ke-2 Ogos 2015


Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

SUMBER DARI KPM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...