Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Monday 9 March 2015

About STPM???

Assalamualaikum and hai uollss..  
Tadi time Imah online Facebook atau lebih dikenali dengan FB Imah ada baca beberapa komen para senior mengenai ini.


Dari grup HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM





So.. uolls boleh lihat ada 69 komen mesti ada banyak pendapat dalam komen tuu contohnya seperti

"F6 nie kalau mls study, mmg x ke mana..akak dulu spm sc tulen tp stpm kemanusiaan. Kes dh berpatah arang dgn sains.. dr pdpt akak yg mgalaminya dan pglmn sekeliling, antara kelebihan akak dpt.
1. Tak sakit kepala fikir psl loan spt diploma
2. Zmn akak
pkai bj sek, jimat je rs. Now dh ble pakai formal, releks jgk.
3. Still tinggal dgn mak ayah
4. Dpt biasiswa
5. Cikgu btl2 fokus kpd kite
6. Cr pgajaran ala2 uni. Jd bile msk uni dh x cuak
7. Peluang kos degree di ipta lbh 100++ extra drp peluang kpd matriks. Byk pilihan ble dibuat.
8. Stpm boleh dimohon kerja smentara nk smbg ke degree. Tp lbh baik smbg terus.
9. Skrg dh ikut sistem semester, lg sng..

Ok, itu je.. ini just pdpt peribadi. Xde nak membandingkan secara tidak sihat." 








"No loan no loan no loan no loan no loan"




 
" STPM ni bagusnya sbb kamu bljr lebih dr pelajar matrikulasi n kamu balajar silibus utk pelajar tahun pertama program ijazah...so bila masuk degree nnt, 1st year tu umpama mcm kamu buat ulang kaji je balik...sbb benda2 tu semua kamu dh jumpa ms di F6...plus sijil STPM laku n di iktiraf kerajaan utk kerja...contoh if kamu apply guru ganti..untuk lepasan matrikulasi, gaji dia akan dibayar setaraf dgn pelajar lepasan SPM shj..tp lau STPM yg apply dibayar sedikit tinggi drpd SPM...sy amik contoh di 1 negeri ni...pembayaran gaji utk guru ganti:
SPM/matrikulasi/asasi=RM50/hari
STPM/Diploma=RM70/hari
Ijazah=RM100/hari

nmpk x perbezaan tu...wlpn STPM lama sikit tp dia diiktiraf"





 "Sbg bks plajr form 6...mri nk ckp exam stpm bknlaa pling ssh ddunia.. Ya stpm pling ssh ddunia tpi bgi aliran sc shjalaaa... Bkn sastera"




Orayt.. ni juz antara pendapat seniours mengenai STPM ni..Tak kira lah melalui pengalaman sendiri mahupun pengalaman kawan-kawan.. Hemm jangan pandang lekeh tau STPM ni.. STPM ni pun ada kelebihan tersendiri :)  Bagi pendapat Kaunselor Hijau pula begini :)


"kebanyakkan yang berikan pendapat mungkin berasaskan pengalaman peribadi yang mungkin tidak bertepatan kepada semua calon....

dalam hal2 tertentu STPM memang jauh lebih baik daripada pilihan lain seperti asasi/matrikulasi dll - jika program ijazah yan
g pelajar ingin pohon selepas itu hanya menerima lepasan STPM sahaja. dalam keadaan ini asasi/matrik dengan CGPA 4.00 pun tak laku.

begitu jugalah sebaliknya ada juga program yang tak ambil lepasan STPM tetapi ambil lepasan asasi/matrik..."


Jadi.. Kaunselor Hijau iaitu admin dalam grup HALATUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM telah membuat senarai kos-kos ijazah sarjana muda.. hemm imah nak cakap banyak imah pun tak berapa mahir mengenai ini so apa kata uolls juz bukak ja link dibawah ni..


"  Ramai yang bertanya yang manakah laluan yang lebih baik antara asasi/matrikulasi atau STPM atau STAM ataupun Diploma.

Panduan.
1. Pelajar kena letakkan sasaran tinggi - untuk ke ijazah sarjana muda
2. untuk ke ijazah sarjana muda ada beberapa pilihan laluan
- asasi/matrikulasi
- STPM
- STAM
- Diploma

3, Ada program ijazah yang hanya ambil pelajar STPM dan ada yang ambil dari asasi/matrikulasi dan ada yang tak ambil pelajar diploma pun.
4. Dokumen ini mengandungi senarai semua 885 program ijazah sarjana muda bagi setiap IPTA termasuk 71 program di USM yang mencatatkan laluan kemasukan ke program ijazah.
5. Gunakan untuk memastikan anda akan membuat pilihan yang tepat samada ke asasi/matrikulasi atau STPM; STAM atau pun diploma
Namun segalanya tertakluk kepada keputusan SPM yang akan dicapai nanti - tetapi sekurang-kurangnya anda tahu halatuju anda selepas SPM  

https://attachment.fbsbx.com/file_download.php?id=394518467370230&eid=AStBwuyqK6kBtnatXU6orecQFhRci-nzmpZnbghdnTIAJb8AN0d5Zjq3pdvLVPZZ4Lo&inline=1&ext=1425966510&hash=ASuh2i3yYNnAiCzk"

atau boleh lihat di link ni  tapi sebelum tu kena login facebook laa :)
 
https://www.facebook.com/groups/halatuju/906703979370605/


Now uolls dah faham kan apa yang Imah cuba nak sampaikan .. Jadi Imah nak ucapkan Goodluck pada uolls haa jangan lupa istikharah bagi muslim agar mendapat petunjuk dari Maha Esa :) haa.. jangan lupa check keputusan STPM kalau tak silap 15 April 2015 atau lebih kurang laa hihi ^^ sekian ...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...