Assalamualaikum uolls...
Selamat pagi/ petang/ malam/ tengah hari/ tengah malam/ tengah pagi/ tengah petang
(ikut time ampa baca post ni laa XD)
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana limpa nikmat kurnianya kita masih bernafas hari ini.
Hari ini Imah nak throwback sikit boleh tak? boleh kaann hee ..
Nak story2 sikit pasal kehidupan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik atau lebih dikenali dengan SMKAS. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun menginap dan belajar di SMKAS ni Imah tak de laa buat salah laku disiplin yang besar.. sikit2 tuu adalah hee biasalaa remaja yang nak membesar.
Tapi, di situlah Imah kenal erti persahabatan dan keluarga.. kami tinggal di keluarga yang sangat besar dan mempunyai banyak pemimpin yang boleh memimpin kami ke arah jalan yang benar. Terima kasih pemimpin-pemimpin semua especially warden-warden yang sentiasa sakit kepala melayan karenah budak-budak tak berapa nak mantang ni. huhu~~
Mengenai manusia-manusia dalam SMKAS ni konfem ada pelbagai ragam dan kerenah. Biasalah lain orang lain ragamnya.. hee hanya budak2 asrama yang mengerti.. nak tau sebab apa? sebab kat asrama kita kenal orang itu luar dan dalam .. hee maksud Imah kita kenal hati budi orang itu bukan sahaja pada penampilannya.. Bak kata orang putih kan "don't judge a book by its cover"... yelaa tak semestinya penampilan dia grand, hati budi dia pun grand kan..
Okay, nak tau Imah kelas apa dari form 1 sampai form 5? Nak tau baca tak mau sila tengok entri lain hee.. Waktu form 1 time tu tahun 2010 haa Imah kelas 1DN atau 1 Darul Naim.. hee lebih kurang kan dengan nama Imah. takdir ~ ni kelas pertama tau.. hee actually cikgu main letak jaa time ni ye laa tak de exam lagi kan.. baru form one.
Kemudian, pada tahun 2011 yakni time Imah form 2 Imah kelas 2 Darul Salam atau 2DS. ni kelas nombor dua yalaa turun kelas nak buat macam mana.. time form 3 pun Imah turun kelas actually, kelas 3DJ yakni 3 Darul Jalal.. hee nasib2. 3DJ ni kelas nombor 3 iaitu kelas tengah tak pandai sangat tak la kurang sangat.. hee kira kelas pertengahan laa .. Keputusan PMR? Alhamdulillah baik .. hee
Time form 2 (2011) ambik duit RM100 *last year 2011 |
Time form 3 (2012) kem irsyad bahasa arab peringkat sekolah di bendang man resort |
Okay, dah cerita pasal lower form now nak cita pasal upper form pulak. Time form 4 yakni tahun 2013 Imah kelas 4 Ibnu Khaldun .. ni kelas pertama laa bagi upper form dan ini aliran sains + agama.. Actually, nasib jaa dapat dok kelas ni.. Imah bukannya pandai sangat pun -_-. Dalam kelas ini ada 20 orang perempuan kod *actually i'm already forgot berapa orang dan 3 orang lelaki . Nampak dak kat sini ? Tanda akhir zaman... Walaubagaimanapun, 3 orang lelaki bagaikan berpuluh-puluh lelaki dalam kelas ni. *bising laa cangak gi haa keluaq dah bahasa kedah ceq .. Pada tahun lepas yakni 2014 Imah macam biasa turun kelas ke 5 Ibnu Rushd. Actually ni kelas kedua.. heee kalau buat graf cantik oo Imah turun satu-satu anak tangga ..ni pun kelas aliran sains + agama.. Dalam kelas ni ada 20 orang perempuan dan 6 orang lelaki.. hee up sikit golongan adam.
Gambar putera 5 IR tak de laa.. cari punya cari tak de dalam pendrive tapi dalam fon ada laa tapi diri ini terasa malas nak membluetooth gambar2 tersebut.
Okay that's all for today, thank you...
Puteri-puteri kelas 4Ibnu Khaldun 2013 actually tak semua ni |
3 orang lelaki dalam kelas 4 IK (2013) *time jamuan akhir tahun |
Putri2 cantik dari kayangan 5 Ibnu Rushd (2014) *raya time |
All putri form 5 (2014) in SMKAS |
Gambar putera 5 IR tak de laa.. cari punya cari tak de dalam pendrive tapi dalam fon ada laa tapi diri ini terasa malas nak membluetooth gambar2 tersebut.
Okay that's all for today, thank you...