Lamanya imah tak menaip kat blog ni. Sorry sebab lama menghilang. Haritu imah ada update pasal skincare routine kan. Tapi tahun 2019 ni imah tukar skincare tau. Nak tau sebab apa? sebabnyaa bila dah meningkat usia ni besa laa hormon pon akan berubah ubah huhuu. Jadinya dahi imah tetiba penuh gila jerawat kecik kecik pastu jadi parut tau. Sadiss sangat2.
Jadinya entry kalini imah nak cita laa yang imah dah tukar skincare selain u imah pon ada ambil suppliment. Produk local jaaa semua skincare imah.
1. Dianz Vitamin Premium
Untuk suppliment imah ambil dianz vitamin. Firstly sebab imah pernah makan masa form 5 (2014) sebabnya ketuat taknak hilang kat tapak kaki. Jadinya try laa dianz vitamin time tu botol putih. Alhamadulillah ketuat yang degil tu hilang dengan ghaibnya.. hahahaha So.. disebabkan jadi parut2 kat dahi ni imah ikhtiarkan lagi dengan dianz vitamin. Alhamdulillah ghaib jugak akhirnya hahahaha so selepas ghaib tu imah pon sign up laa agent muahhaahahah niat pertama sebab nak dapat harga murah disamping nak recommend kat member2 yang ada masalah ngan imah.
2. Set 3in1 Ainaa Skincare
Sebab imah pilih produk Ainaa texture dia ringan nak mampus. Pastu cleanser boleh 2in1 kira boleh sebagai cleanser dan juga remover. Pastu serum dia cepat sangat meresap dan yang paling best bagi imah sunscreen dia. Texture tak milky tau. Pastu sekejap je boleh meresap kat kulit. Cumanya costy sikit dari skincare lain. tapi sokay lah sebabnya dah sangat sangat sesuai ngan kulit imah. So imah jadikan set Ainaa skincare ni sebagia skincare basic imah. Ops imah lupa nak habaq imah pon agent ainaa sebabnya nak save cost hahahahahaha well imah student kan so kena laa belajar save cost.
3. Hada Labo Hydrating Lotion
Untuk toner imah pilih hada labo sebabnya review dari pakar2 kecantikan kat twitter kan hahahaha. Pastu imah try laa nasib sesuai gak ngan imah. Dulu imah pakai jugak cleanser hada labo sebelum ainaa cleanser. tak dinafikan hada labo punya cleanser okey jaa Tapi imah tukar ainaa cleanser sebab imah tak jumpa remover yang best n sesuai ngan kulit imah. makeup remove imah yang sebelum ni dah buat kulit muka imah terhakis. So agak takot nak try remover yang tinggi peratus alkohol. So alang2 dah pakai ainaa cleanser as remover imah pon tukar jugak cleanser imah. Kalau ada promo watson baru imah tukar hada labo cleanser hahahaha.. gitu laa ..
Okey itu je laa yang sekarang imah pakai. So nak lanje sikit laa selfie imah walaupon takde laa flawless sangat hahaha. simple je kan. InsyaAllah next entry imah buat review pasal makeup2 pulak .
My skin right now. Jerawat naik bila stress je kalo xstress no more jerawat hahahaha |
No comments:
Post a Comment