Assalamualaikum, moga mendapat manfaat !!! Terima kasih sudi singgah .. Syukran jazilan :)

Saturday, 4 July 2020

4 Tahun di USM Kampus Kejuruteraan

Halluuu! Goodnight gais.

Fuhfuh lama gila tak update hehe biasa laa selalu setahun sekali je kan. Actually ada lagi ka orang nak baca blog ni huhu yalah sekarang zaman sosial media dah tak layan dah penulisan gini. sob sob sob

Imah lebih suka penulisan gini sebabnya dapat menulis apa yang terbuku dalam hati HAHAHA lantak laa ada org baca ke tidak yang pasti imah dapat share something ngehh

Okey berbalik kepada tajuk kita. Sebelum tu imah dah penah dah cerita dulu pengalama first year masuk USM ni. Hampa please jangann bayangkan USM ni kat area Pulau nahhh USM ni terletak kat semenanjung kita ni ja tak perlu rentas pulau pon. Tak Caya? Pegi laa google USM KAMPUS KEJURUTERAAN atau USM NIBONG TEBAL kat map .

Okey kat USM ni imah ambil kos Mechanical Engineering entah bagaimana lah orang seayu imah boleh ambil kos macam ni. Dah la first choice uii kat UPU dulu HAHAHA. Alhamdulillah imah boleh survive walaupon kos ini hanya 4 orang sahaja yaa perempuan melayu dan 6 orang sahaja perempuan chinese yang selebihnya lelaki. Kalau group toksah kata laa hanya seorang je perempuan yang lain semua laki. Kadang2 stress laa jugak sebab mula2 imah ni tak biasa sangat buat kerja ngan laki tapi bila dah lama2 alhamdulillah semua okey ja cumanya nak kena ketuk sikit laa. Kalau tak ketuk memang semua kerja akan jadi last minit. Dah laa imah ni tak boleh kerja last minit nanti mula laa nak stress tak tentu hala HAHA

Environment USM ni okey ja. Dikelilingi sawit so masa first year dulu sakit hidung gak bau sawit tambah2 kalau lepas hujan. Sekarang? alhamdulillah masih bau cumanya dah mangli hahaha so tak de laa terasa sakit sangat hidungku ngehhh

Next nak cita apa lagi yaa. Oh yaaa kat sini kebanyakkannya student jalan kaki atau naik basikal ke kelas. Basikal beli sendiri ya. Jangan risau kalau basikal pancit ke apa sebab bengkel basikal ada ja. Kalau nak bawak moto ke kereta ke boleh jugak takdak masalah. Yang masalahnya kalau bawa kenderaan ni kena daftar kat Jabatan Keselamatan laa kena register. murah je nak daftar bayar RM1 je. Time imah laa tak tahu laa kalau tahun2 akan datang harga naik HEHEHE

Environment luar pulak. Paling besar Mall kat situ Mydin dan CMart je hahah nak makan KFC jangan risau bersepah kat luar cumanya kalau nak makan MCD ke Starbucks ke kena laa merantau p Kulim atau Juru paling dekat. Biasanya student sini selalu lepak Pulau atau Kulim atau Juru laa hahaha sbb pekan kat nibong tebal ni tak hidup sangat.

Time first year biasalaa excited tak kenal lagi engineering yang sebenar HAHAHA belakang tu bangunan library

Time SUKAD imah main Futsal. Tapi sampai semi final je. Boleh laa kan

Gila dalam lecture class kod. Tapi time ni kelas campur ngan kos lain. So ramai dan imah main snapchat ni time lect tak masok lagi hehee

Ni laa 4 ketoi coursemate

Ni pulak geng2 palapes. Tapi imah drop palapes time sem 3 sebab masalah lutut. Dr pon suruh pilih nak palap ke sayang lutut so imah pon pilih la lutut hahaha sampai sekarang terkesan tapi saya kuat boleh main futsal lagi haha tapi kalau orang sepak kaki imah menjerit laa

Ni time dinner 2nd year macam tak caya ja final year takdak dinner sebab covid. Jadi ni laa dinner terakhir. Oh yaa selain 4 ketoi kami tu budak manufact . Manufact lagi laa sikit perempuan malay ada 3 orang je.

Ni pon coursemate. dia masuk navy imah army tapi army takdan pencen hahaha dah drop.
Ok tu je kod imah nak cita. Nak sambung buat critical review ni. Skrg ni kan COVID so kena buat fyp kat rumah jaa. Nanti boleh laa cita kat anak cucu , imah abihkan degree kat rumah ja HAHAHA. harap convo tak cancel laa sis teringin sangat nak pakai jubah tu. Bayangkan laa imah dari tadika tak pernah pakai. Sedih tau adik2 semua dapat merasa. Time imah jaa tak dapat merasa. Okeh laa dah macam merapu jauh ni. Ok daaa.

Eh last2 doakan imah siapkan FYP dengan cemerlang dan imah jadi seorang Engineer dan businesswoman yang berjaya. Ok daaa !

3 comments:

  1. Boleh tak student biasa bawa kenderaan sendiri like moto?

    ReplyDelete
  2. sebab dkt buku panduan siswa ckp tk boleh selain golongan2 khas like ahli sukan etc .

    ReplyDelete
  3. Wahh baru baca komen selepas setahun. Imah reply asing laa ye sbb mana tau ada yg baca,

    Student boleh bawak kenderaan sendiri untuk kereta dulu masa imah laa kan kereta tuk budak 2nd year keats ja. Untuk moto dari first year dah boleh bawak dah.tapi tuu masa imah laa 2016 - 2020 . Masa akan datang imah tak pasti laa peraturan dia macam mana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang blog...